Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Sukar sahkan usia pengguna media sosial

Oct 06, 2022 | 05:30 AM



MENGIMBANGI antara kaedah untuk mengesahkan usia dengan kebimbangan perlindungan data sememangnya mencabar, dan sejauh ini piawaian sejagat mengenai isu ini belum dapat ditetapkan.



Namun pemerintah sedang memantau perkembangan dunia mengenai pengesahan usia, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, di Parlimen semalam.



Beiau berkata demikian sebagai responsnya kepada soalan Encik Melvin Yong (Radin Mas) mengenai pengesahan usia dan mengenakan had usia minimum bagi kanak-kanak di sini yang menggunakan platform media sosial.



Dr Janil berkata kebanyakan perkhidmatan media sosial memerlukan pengguna untuk berusia sekurang-kurangnya 13 tahun untuk mendaftar bagi satu akaun.



"Pengguna perlu isytiharkan tarikh lahir mereka semasa mendaftar," katanya.



Untuk menangani pengisytiharan palsu, sesetengah perkhidmatan media sosial telah membangunkan teknologi, termasuk kombinasi kecerdasan buatan, mesin teknologi pembelajaran, dan algoritma pengenalan muka, bagi pengesanan proaktif dan mengenepikan akaun bawah usia.



Platform itu juga bertindak ke atas laporan terhadap akaun sedemikian dengan menggantung akaun mereka, tambah Dr Janil.



Namun beliau berkata pengesahan usia adalah sukar secara teknikal, dan teknologi terus berkembang.



"Ia juga melibatkan kebimbangan berkaitan perlindungan data, terutamanya berkaitan data kanak-kanak," kata Dr Janil.



Beliau berkata Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) mengadakan pendekatan yang kerap dengan rakan-rakan antarabangsa berkaitan isu-isu mengenai keselamatan dalam talian, terutamanya bagi pengguna muda.



Dr Janil berkata pemerintah akan memperkenalkan langkah bagi menangani isu-isu sedemikian, termasuk satu saranan Kod Amalan bagi Keselamatan Dalam Talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >