Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbangan anggota kerahan negara dihargai: Sun Xueling

Jul 23, 2022 | 05:30 AM



SUMBANGAN anggota kerahan negara dihargai dan usaha akan sentiasa dilaksanakan untuk memberikan pengalaman perkhidmatan negara (NS) yang lebih bermakna, kata Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling.



Menghadiri majlis perjumpaan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sempena ulang tahun ke-55 NS (NS55) semalam, Cik Sun berkata SCDF telah menyusun semula platform penglibatan NS untuk memperkasakan lagi komander NS untuk melaksanakan kepimpinan pada peringkat taktikal dan strategik.



Ini termasuk pembentukan Forum Taktikal Unit bagi Hal Ehwal NS yang dipengerusi timbalan komander divisyen NS.



"Platform ini membolehkan komander NS mengawasi isu peringkat unit, daripada latihan dalam kem sehinggalah perihal berkaitan kakitangan.



"Forum Strategik SCDF mengenai Hal Ehwal NS juga diwujudkan bagi para komander NS mendekati pengurusan kanan SCDF dan memberi pandangan mereka tentang isu strategik dan dasar," ujar Cik Sun.



Beliau turut menambah bahawa SCDF sedang mempertingkat keupayaan unit-unit NS nya.



Ini termasuk dengan bekerjasama dengan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG), badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menetapkan piawaian mencari dan menyelamat bandar (USAR), untuk memperakui proses akreditasi Singapura.



Hal tersebut dapat memperkasa SCDF untuk menjalankan pensijilan kendiri menilai keupayaan USAR unit NS di bawah rangka kerja PBB.



"Unit 21 Penyelamat dan Perubatan, sebuah unit yang terdiri daripada anggota kerahan sahaja, akan mengambil bahagian dalam penilaian INSARAG yang penting ini, yang bakal selesai jelang Oktober 2022.



"Jika berjaya, Singapura akan menjadi negara pertama di rantau Asia Pasifik untuk mencapai kelayakan Proses Akreditasi Nasional yang Diiktiraf INSARAG (IRNAP)," jelas beliau.



Menggambarkan anggota kerahan sebagai "segmen penting dalam pasukan penyelamat nyawa kita" dan "pahlawan seharian", Cik Sun turut memuji pengorbanan serta penglibatan mereka sepanjang penentangan Singapura terhadap pandemik Covid-19.



"Sepanjang pandemik Covid-19. anggota kerahan SCDF telah melakukan pengorbanan dan sangat terlibat dalam pengurusan krisis.



"Kakitangan perubatan kecemasan SCDF, termasuk paramedik dan medik NSF, juga telah bekerja tanpa mengenal penat lelah walaupun perlu berdepan dengan waktu kerja yang panjang dan risiko peribadi.



"Kami berterima kasih kepada mereka atas dedikasi dan pengorbanan mereka untuk memastikan negara kita selamat dan melindungi warga kita," ujar Cik Sun.



Semalam, sekitar 350 Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (ORNS) dan kakitangan SCDF serta Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah menghadiri majlis perjumpaan SCDF yang diadakan di HomeTeam NS Khatib itu.



Majlis tersebut diadakan sekali setiap dua tahun untuk mengiktiraf sumbangan anggota kerahan sedia ada dan masa lalu.




"Sepanjang pandemik Covid-19. anggota kerahan SCDF telah melakukan pengorbanan dan sangat terlibat dalam pengurusan krisis.

Kakitangan perubatan kecemasan SCDF, termasuk paramedik dan medik NSF, juga telah bekerja tanpa mengenal penat lelah walaupun perlu berdepan dengan waktu kerja yang panjang dan risiko peribadi.

Kami berterima kasih kepada mereka atas dedikasi dan pengorbanan mereka untuk memastikan negara kita selamat dan melindungi warga kita."

- Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >