Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbangan empat pengamal budaya diiktiraf anugerah nasional

Sep 02, 2021 | 05:30 AM



PENGGIAT teater mapan, Almahdi Al-Haj Ibrahim, yang lebih dikenali dengan nama pentasnya, Nadiputra, adalah antara empat pengamal budaya yang menerima pengiktirafan nasional di atas usaha mereka menyampai dan menonjolkan elemen budaya dan warisan masing-masing.



Anugerah Pengelola Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) itu diberikan oleh Lembaga Warisan Negara (NHB) dan ini kali kedua ia disampaikan setelah skim pengiktirafan tersebut dilancarkan pada 2019.



Tiga lagi penerima tahun ini ialah Akademi Seni Bhaskar bagi Bentuk Tarian India, Persatuan Muzik Siong Leng bagi seni persembahan muzik Nanyin, dan Cik Tan Poh Choo, yang merupakan pemilik generasi kedua Nanyang Sauce di dalam pembikinan sos soya.



NHB mengumumkan nama-nama pemenang tahun ini dalam satu kenyataan semalam, dan berkata sebuah majlis penyampaian anugerah akan dianjurkan hujung tahun ini, di mana penerima akan diberikan piala dan sijil anugerah.



Semua penerima anugerah itu akan mendapat hadiah wang tunai $5,000.



Mereka juga dapat menggunakan geran projek sehingga $20,000 bagi inisiatif yang membantu dalam penyampaian dan penonjolan kemahiran serta pengetahuan ICH.



Inisiatif yang boleh disokong geran itu termasuk menganjurkan dan menjalankan program pendidikan awam, program latihan perantisan atau amali, serta projek kajian dan dokumentasi.



"Semua ini akan menyumbang ke arah pemahaman lebih mendalam serta penyampaian adat, amalan, kemahiran dan tradisi ICH," kata NHB.



Penerima anugerah juga berpeluang memaparkan dan menonjolkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan ICH mereka di program, festival dan pameran NHB.



Lembaga warisan itu berkata anugerah tersebut menekankan pentingnya penyampaian aspek tidak ketara dalam warisan kehidupan warga Singapura, supaya ia dapat terus dinikmati generasi akan datang.



"Komitmen kepada penyampaian elemen ICH ini diserlahkan oleh keempat-empat penerima dan usaha berterusan mereka untuk menonjolkan dan melestarikan bentuk seni dan kraf masing-masing. Amalan mereka berakar pada tradisi tetapi disesuaikan kepada trend dan masa yang berubah-ubah," kata NHB.



Pengarah Penilaian dan Kajian Warisan NHB, Encik Yeo Kirk Siang, berkata ICH adalah cerminan penting masyarakat, sejarah dan budaya Singapura.



"Adalah penting untuk ia diturunkan kepada generasi akan datang dan inisiatif seperti Anugerah Pengelola Warisan Budaya Tidak Ketara akan membantu melindungi dan menonjolkan tradisi serta amalan ini yang meraikan identiti berbilang budaya kita sebagai warga Singapura," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >