Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbangan peguam basmi rasuah dihargai melalui perlawanan bola sepak

Jul 25, 2022 | 05:30 AM



GOLONGAN peguam dan karyawan bidang guaman berkumpul dalam satu perlawanan bola sepak baru-baru ini untuk meraikan sumbangan seorang pendakwa raya yang komited untuk membasmi rasuah dalam sukan tersebut.



Pegawai daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) dan badan kehakiman, anggota badan peguam jenayah serta Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, merupakan antara pemain di perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar Selasa lalu untuk mengenang sumbangan Encik G. Kannan.



Beliau meninggal dunia pada usia 52 tahun dalam satu kemalangan ketika bercuti di Phuket bulan lalu.



Encik Kannan, yang merupakan pengarah kanan dan penasihat undang-undang negara kanan di Divisyen Jenayah AGC, menubuhkan pasukan petugas dalam AGC untuk membanteras mengatur perlawanan. Unit itu menyelia beberapa pendakwaan berprofil tinggi.



Ini termasuk kes terhadap Rajendran R. Kurusamy, yang cuba menetapkan keputusan perlawanan dalam Sukan SEA 2015 antara Timor-Leste dan Malaysia. Warga Singapura berusia 55 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara empat tahun.



Perlawanan pada Selasa lalu untuk mengenang sumbangan Encik Kannan dianjurkan AGC dan badan peguam jenayah, dan disokong Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), lapor The Straits Times.



Hadirin telah memberi tepukan selama seminit sebelum perlawanan itu bermula.



Timbalan Peguam Negara, Encik Hri Kumar Nair, yang juga turun padang untuk permainan itu, memberi ucapan sebelum perlawanan tersebut untuk memberi penghormatan kepada Encik Kannan.



"Beliau bersama kami di AGC selama bertahun-tahun, dan kami semua, rakan sekerja dan rakannya, mengingati beliau bagi kebijaksanaannya, kecerdasannya, dedikasinya, profesionalismenya dan, yang paling penting, persahabatannya," ujarnya.



Sebagai pengiktirafan terhadap keinginan Encik Kannan untuk menyumbang kembali kepada sukan bola sepak, derma sebanyak $16,000 telah dibuat atas namanya kepada SportCares, cabang dermawan Sport Singapore.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >