Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suntikan dana buat badan Melayu bagi projek selari M³

Masagos turut umum program baru Tunas Bersama M³ bagi perkukuh kepimpinan muda
May 22, 2021 | 05:30 AM



PERTUBUHAN Melayu/Islam (MMO) akan menerima suntikan dana bagi projek yang selari dengan bidang tumpuan M Kuasa Tiga (M³), sedang kerjasama antara mereka terus diluaskan dalam usaha meningkatkan taraf masyarakat.



Menyatakan demikian dalam ucapannya di Majlis Perjumpaan Hari Raya secara maya semalam, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, turut mengumumkan pembentukan program baru, Tunas Bersama M³ yang bertujuan memperkukuh pembangunan kepimpinan lapisan muda dalam MMO.



Beliau turut mengongsi perkembangan terkini tentang usaha membangunkan asatizah masa hadapan meliputi usaha di peringkat madrasah, possiswazah dan kerjaya.



Majlis yang diadakan menerusi sidang video itu dihadiri sekitar 100 pemimpin masyarakat dan agama, dan membawa tema Raikan Kejayaan, Kukuhkan Perpaduan.



Dalam ucapannya, Encik Masagos berkata semangat kerjasama antara badan-badan masyarakat dan badan-badan M³ dalam Pasukan Bertindak SGTeguhBersatu (SGTB), harus diteruskan.



SGTB ditubuhkan sekitar setahun lalu dan antara lain memanfaatkan rangkaian dan kepakaran badan-badan M³ dan MMO untuk memimpin pelbagai usaha yang membantu masyarakat menghadapi Covid-19.



"Kami ingin memanfaatkan kekuatan yang ada pada MMO kita, serta melestarikan kerjasama yang telah kita tunjukkan di bawah SGTB.



"Seterusnya, kami ingin memanfaatkan rangkaian M³ untuk meluaskan lagi jangkauan kita bersama MMO agar dapat meningkatkan taraf masyarakat kita," kata Encik Masagos.



"Bagi fasa seterusnya, kami akan semaikan benih kerjasama yang ditanam dengan penubuhan SGTB, untuk terus memanfaatkan kerjasama yang ada di antara MMO dan M³.



"Jika M³ boleh menyediakan jangkauan kepada masyarakat yang luas dengan rangkaian 11 Bandar@M³, MMO pula mempunyai berbagai program yang berkesan, berkat daripada pengkhususan mereka dalam bidang masing-masing," tambahnya.



Antara lain, perbincangan sedang dijalankan dengan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) untuk memperkukuh sokongan kepada keluarga muda yang tinggal di bandar-bandar M³, terutama yang menginap di kawasan flat sewa.



Dana akan disediakan untuk MMO menerusi Forum Pemimpin Masyarakat (CLF) kelolaan Mendaki bagi menyokong program-program tersebut.



Mendaki menerusi CLF juga akan menyokong program Tunas Bersama M³ yang antara lain akan melatih pemimpin muda yang memegang jawatan tinggi dalam MMO dalam bidang urus tadbir dan kepimpinan.



Mereka diharap dapat memupuk hubungan erat dalam masyarakat apabila menerajui MMO dan persatuan masing-masing kelak.



Dalam usaha melahirkan asatizah yang cekap dan bersedia untuk masa hadapan, Encik Masagos berkata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan membangunkan generasi pemimpin asatizah menerusi Program Pembangunan Bakat dan Kepimpinan Agamawan.



Program itu antara lain akan menawarkan peluang mendampingi pemimpin mapan agama dan masyarakat yang akan membantu bakat asatizah meluaskan lagi rangkaian mereka dan menimba sudut pandangan baru terhadap isu sosioagama kontemporari, kata Encik Masagos.



Pementoran juga akan ditawarkan mulai suku ketiga tahun ini.



Sebuah siri seminar untuk memperkukuh kerjasama dengan masyarakat Islam sedunia juga akan dianjurkan oleh Muis mulai bulan depan, dengan yang pertama mengetengahkan cara masyarakat Islam menyesuaikan kehidupan sosioagama mereka di tengah-tengah wabak Covid-19.



Kemuncak siri seminar itu ialah Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Gemilang.



Laporan lanjut : Masagos: Memperkukuh kerjasama dalam masyarakat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >