Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Susuli kes Covid-19 di Fairprice, Bukit Merah: Ujian swab lancar bagi pengunjung, kakitangan pasar raya

Jun 22, 2021 | 06:08 PM



UJIAN Covid-19 bagi kakitangan dan anggota awam yang telah ke pasar raya Fairprice di 166 Bukit Merah Central berjalan lancar pada pagi Selasa (22 Jun).



Sebuah tapak ujian sementara sekali lagi dibina di Blok 125A Bukit Merah View selepas bilangan kes Covid-19 didapati dalam kalangan mereka yang berkunjung ke pasar raya berkenaan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin malam.



Ujian bagi mereka yang bekerja atau mengunjungi cawangan pasar raya itu antara 3 dengan 21 Jun lalu bertujuan memutuskan sebarang rantaian jangkitan, kata MOH.



Apabila akhbar The Straits Times mengunjungi tapak ujian itu sekitar 10 pagi, tiada yang beratur panjang dengan orang ramai meninggalkan lokasi ujian itu selepas swab dijalankan dengan teratur.



Sekumpulan pekerja yang mengatakan mereka merupakan kakitangan Fairprice menjelaskan mereka diminta menjalani ujian swab itu sekali lagi pada Selasa walaupun sudah menjalaninya Sabtu lalu.



Mereka menambah, mereka tidak begitu bimbang tentang kes Covid-19 'singgah' di pasar raya itu tetapi telah menjalani ujian sebagai memenuhi arahan syarikat mereka.



Namun, ada juga yang nampak gelisah dan menjalani ujian itu bagi menenangkan fikiran.



Cik Lee Chieng Toh, 61 tahun, berkata beliau rasa perlu menjalani ujian itu kerana berkunjung ke pasar raya tersebut setiap Isnin bagi membeli barangan dapur.



Tambahan pula, beliau mengunjungi Pasar dan Pusat Makanan Bukit Merah View yang dikaitkan dengan penularan wabak berkenaan pada 12 dan 13 Jun.



"Walaupun saya tidak menerima sebarang SMS yang memberitahu saya agar jalani ujian, saya agak risau sedikit," tambahnya yang merupakan seorang pereka.



Pasar itu ditutup bagi kerja pembersihan dan penyahjangkitan pada 13 Jun dan dijangka dibuka semula pada 26 Jun.



Sehingga Isnin, sejumlah 78 kes dikaitkan dengan kelompok Pasar Bukit Merah ini.



Tapak ujian ini akan dibuka hingga Khamis. Sesiapa yang ingin menjalani ujian perlu membuat janji temu.



Sementara itu, ujian wajib juga sudah dimulakan di empat tapak ujian di Redhill Lane dan Redhill Close pada Isnin selepas cebisan virus dikesan dalam contoh air buangan yang terkumpul daripada beberapa blok HDB di situ.



Blok yang terjejas adalah Blok 81, 82 dan 83 Redhill Lane serta blok 87, 88, 89 dan 90 Redhill Close. 



Ujian tidak wajib pula dikenakan bagi mereka yang sudah diuji negatif Covid-19 sejak Jumaat, kata MOH.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >