Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Susuli tangkapan: Aliff Aziz luah harapan di FB, IG

Nov 14, 2019 | 05:30 AM



DALAM keadaan dirinya tidak mengingati apa sebenarnya berlaku Ahad lalu, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya menerusi pesanan Instagram.



Kata-kata pengharapan agar orang ramai memahami keadaan sulit yang sarat mengisi lubuk hatinya kini itu diluahkan menerusi rakaman video yang dimuatnaikkan ke laman Facebook dan Instagram ibunya Cik S. Hafiza Basharahil semalam.



Ia adalah sebagai mengulas kejadian beliau ditangkap sekitar dinihari Ahad lalu kerana bertengkar dalam keadaan mabuk di Orchard Road dan dikatakan mengganggu ketenteraman awam.



Video kejadian itu yang tular di media sosial menunjukkan Aliff, 28 tahun, melarikan diri sebelum ditangkap beberapa pegawai polis.



Lagi satu video pula menunjukkan Aliff menjerit sambil menghubungi ayahnya menggunakan telefon bimbitnya sementara pegawai polis cuba menggarinya.



"Saya pun tak ingat apa yang terjadi waktu itu. Saya juga tak nak jelaskan lebih lanjut sebab sudah banyak cerita yang keluar.



"Apa boleh dikatakan, ia (bebanan emosi) sangat berat bagi saya secara spiritual mahupun mental. Tapi insya-Allah selagi bernyawa saya akan teruskan hidup," katanya dalam video tersebut yang dirakam di salah sebuah pusat makanan di Singapura.



Aliff dilihat sedang makan lewat malam bersama ibu bapa dan dua adik perempuan kembarnya, penyanyi Aisyah Aziz dan Ain.



Pelakon drama Halalkan Hati Yang Ku Curi itu juga amat menghargai pesanan berunsur galakan daripada orang ramai.



"Saya ada juga terima pesanan yang sangat ambil berat. Dari lubuk hati yang dalam, saya nak ucapkan terima kasih. Sekurang-kurangnya masih ada orang yang baik hati. Teruskan berdoa yang baik-baik.



"Tahun ini saya sudah lalui banyak perkara dan cabaran. Saya berharap akan lebih kuat dengan adanya sokongan daripada keluarga, ayah, adik dan ummi," katanya.



Baginya yang mula dikenali selepas menjuarai Anugerah 2007 pada usia muda 16 tahun, tiada perlunya membalas kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya kerana menganggap perkara itu adalah pahala buat dirinya.



"Kita tak nampak dosa pahala kita. Begitu juga saya sendiri. Tapi saya berharap apabila di akhirat kelak kita mendapat ganjaran besar. Walaupun kita tak buat di dunia, tapi cakap-cakap buruk orang terhadap saya adalah pahala untuk saya," katanya.



Beliau mengharapkan tahun hadapan, 2020, akan membawa sesuatu yang bermakna dan hikmah buatnya selepas mengharungi dugaan tahun ini.



Ujian yang diharungi termasuk perpisahan dengan bekas isterinya, pelakon Bella Astillah. Mahligai mereka bertahan hampir tiga tahun dengan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, dua tahun.



Apabila ditanya Cik Hafiza apakah pendapatnya apabila dirinya dianggap warganet persis kanak-kanak kerana menjerit dan memanggil nama bapanya, Aliff berkata:



"Apa pun yang terjadi, malah jika umur saya 40 atau 50 tahun sekali pun dan jika ayah masih hidup, saya akan tetap memanggilnya."



Cik Hafiza yang banyak menasihati anak sulungnya itu dalam video itu meminta Aliff terus pandang ke depan dan meyakini setiap yang berlaku bersebab.



"Saya nak berterima kasih kepada semua yang mengirim pesanan langsung kepada saya. 99.9 peratus daripada pesanan yang diterima buat Aliff memberikan kata positif dan sokongan moral.



"Terus pandang ke depan. Setiap apa yang berlaku bersebab. Saya doakan abang (Aliff) setiap hari. Walaupun abang kadang-kadang masih tergelincir, saya tetap doakan dan takkan berhenti mendoakan," katanya.




"Tahun ini saya sudah lalui banyak perkara dan cabaran. Saya berharap akan lebih kuat dengan adanya sokongan daripada keluarga, ayah, adik dan ummi."
- Aliff Aziz.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >