Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Swee Keat: Belanjawan beri fokus transformasi industri

Feb 07, 2019 | 05:30 AM



BELANJAWAN tahun ini akan memberi tumpuan kepada membantu industri terus jalani transformasi bagi mencipta pekerjaan baik bagi warga setempat.



Ia termasuk memperkasa pekerja mempelajari kemahiran baru dan mempertingkatkan diri, selain turut memperkasa syarikat dalam membangun keupayaan mendalam agar dapat lebih berdaya saing bagi tahun mendatang.



Demikian kata Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, kepada media pada hari pertama Tahun Baru Cina kelmarin.



Beliau mengadakan lawatan ke Terminal Pasir Panjang PSA untuk menyertai pekerja dalam meraikan Tahun Baru Cina.



"Pada masa yang sama, kita juga perlu prihatin untuk memelihara alam sekitar dan mutu kehidupan warga Singapura.



"Justeru, ia adalah satu agenda yang menyeluruh," ujar beliau, yang turut menggariskan keselamatan sebagai satu lagi fokus Belanjawan.



Dalam ucapan Belanjawan pada 18 Februari ini, Encik Heng akan memberi perincian mengenai pakej Generasi Merdeka dan bagaimana Singapura sedang berusaha membantu warga emas kekal aktif dan sihat.



Dalam lawatan ke PSA itu, Encik Heng ditemani Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan), Dr Koh Poh Koon yang juga Timbalan Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC); Menteri Negara Kanan (Pengangkutan dan Kesihatan) Dr Lam Pin Min serta pemimpin kesatuan sekerja.



Sementara itu, Encik Heng berkata beliau kekal positif mengenai prospek negara tahun ini.



"Sekitaran ekonomi global kini lebih tidak menentu dan kita boleh menjangkakan kemerosotan, namun kita mesti meneruskan usaha transformasi dan kekal optimistik yang kita akan terus mencapai kemajuan baik," ujarnya.



Beliau menambah: "Kita tidak hanya melihat kepada satu atau dua suku sahaja, tetapi bagaimana kita boleh melakukan transformasi kepada ekonomi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >