Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sweet Charity dan rakan seni beri inspirasi buat penghuni Darul Islah

Sep 10, 2023 | 07:30 PM



Inspirasi datang dari hati anak seni. Begitulah yang boleh dinyatakan apabila Papa Rok, Datuk Ramli Sarip dan rakan-rakannya dari band legenda Sweet Charity berkongsi perjalanan muzik dan kehidupan mereka secara mendalam demi menyuntik harapan dan aspirasi untuk penghuni Rumah Peralihan Jamiyah (Darul Islah), pada Ahad.

Kumpulan Sweet Charity yang sudah wujud dalam arena seni lebih 50 tahun lamanya adalah sumber inspirasi yang baik buat penghuni Darul Islah. Dalam perkongsian mereka, mereka menceritakan bagaimana seorang pemuzik mampu berjaya tanpa terjerat dengan dadah.

“Keupayaan Sweet Charity untuk kekal bebas daripada dadah sepanjang kerjaya bukan sahaja merupakan satu bukti kekuatan peribadi, tetapi juga menjadi contoh yang cemerlang kepada semua yang telah bergelut dengan ketagihan,” kata Pengerusi Rumah Peralihan Jamiyah (Darul Islah), Encik Siraj Salman.

Acara ‘Inspirational Afternoon’ yang diadakan buat kali pertama, dianjurkan oleh Pos TKI yang telah memainkan peranan penting dalam memberikan peluang pekerjaan kepada penghuni rumah rehabilitasi itu.

Antara bekas penghuni Darul Islah yang telah memperoleh sokongan dan bantuan dalam usaha pemulihan mereka ialah Encik Muhammad Riduan Zainar.

“Kini, saya sudah masuk enam tahun bekerja bersama Pos TKI. Diberikan peluang bekerja merupakan pengalaman yang mengubah hidup saya kerana saya dapat membina keyakinan diri dan membuat keluarga saya bangga,” katanya yang merupakan Ketua Operasi di Pos TKI.

Pengalaman kerja dalam suasana yang positif membuatnya rasa kurang terasing dan lebih diterima. Ini membuatkan perjalanannya pulang kembali ke pangkuan masyarakat lebih mudah.

Pengarah artistik kumpulan Nadi Singapura, Encik Riduan Zalani dan pemuzik, Encik Ahmad Shahruddin Safari juga turut memberi kata-kata semangat kepada penghuni Darul Islah.

“Hidup ini satu penerokaan dan kita semua belajar daripada kesilapan bukan daripada kemajuan dan kejayaan. Kita semua ada pilihan dalam hidup, tetapi pilih itu adalah perlu... kita harus pilih apa yang baik,” adalah antara nasihat yang dikatakan Encik Riduan.

Ramai penghuni Darul Islah turut menari, menyanyi dan memberi sorakan yang gemuruh semasa persembahan Sweet Charity. Lagu-lagu yang dinyanyikan pada acara itu termasuk lagu ikonik mereka, Kamelia serta Batu dan Teratai.


Dengan adanya acara yang penuh bermakna seperti ini, Darul Islah berharap dapat memberi inspirasi, motivasi dan menekankan kepada penghuni bahawa orang ramai dan syarikat korporat boleh membimbing mereka kembali ke pangkuan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >