Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Langkah cegah jenayah di S’pura akan dikongsi pada Sep

Jul 27, 2023 | 07:26 PM



Saranan untuk menyediakan sokongan selaras kepada keluarga banduan dan golongan berisiko, serta campur tangan lebih awal untuk mencegah kesalahan jenayah telah dikemukakan oleh agensi yang terlibat dalam usaha pencegahan kesalahan jenayah di Singapura.

Ini menyusuli kajian dua tahun yang dijalankan oleh Jawatankuasa Nasional mengenai Pencegahan, Pemulihan dan Kesalahan Berulang (NCPR) ke atas tiga bahagian keprihatinan iaitu cara menghentikan kitaran melakukan jenayah antara generasi, mencegah penyalahgunaan dadah di kalangan golongan muda dan, mencegah kesalahan seksual di kalangan golongan muda.


Menyatakan demikian dalam ucapannya pada Khamis, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam, berkata butiran lanjut tentang langkah yang disarankan akan dikongsi pada September di acara Perbincangan tentang Belia 2023.

“Pada masa lalu, banyak tumpuan dalam pembetulan adalah dalam menangani mereka yang telah melakukan jenayah. Tetapi, jika anda boleh membantu seseorang untuk menjauhi jenayah, jauhkan dia dari penjara, itu adalah lebih baik.

“Ia lebih baik untuk individu, dan lebih baik untuk masyarakat. Kerana apabila seseorang berada di penjara, lebih banyak usaha diperlukan. Jadi pencegahan adalah penting,” kata Encik Shanmugam di acara Sidang Puncak Rangkaian Tindakan Masyarakat bagi Pemulihan Bekas Pesalah (CARE) 2023.

Sidang puncak itu dihadiri 400 karyawan dalam bidang pemulihan dan penjagaan lanjut itu dan membawa tema Penghindaran Jenayah dalam Masyarakat (Desistance in the CommUNITY).

Acara itu menekankan perlunya untuk masyarakat menyokong bekas pesalah dalam perjalanan penyepaduan semula mereka ke arah penghindaran jangka panjang daripada jenayah.

Encik Shanmugam berkata bekas pesalah menghadapi banyak cabaran apabila mereka keluar dari penjara, seperti pekerjaan, perumahan dan hubungan keluarga.

Bagi sesetengah mereka, kesukaran itu berterusan untuk tempoh yang lama.

Pemerintah membentuk Rangkaian CARE pada 2000 untuk membantu bekas pesalah mengharungi beberapa cabaran itu dan Projek Reben Kuning dimulakan oleh rangkaian itu empat tahun kemudian bagi menggalak penerimaan bekas pesalah di kalangan masyarakat.

Encik Shanmugam berkata sokongan sektor swasta turut diperlukan dan beberapa syarikat telah menubuhkan operasi perniagaan dalam Perkhidmatan Penjara Singapura di bawah Skim Perkongsian Swasta bagi memberi peluang kerja dan latihan kepada banduan.

Beliau berkata lebih banyak syarikat kini menyertai rangkaian itu dan acara pada Khamis itu mengumumkan kerjasama baru antara Uniqlo dengan YRSG.

Di bawah perkongsian itu, orang ramai boleh menyumbang pakaian Uniqlo yang mereka tidak lagi gunakan di kedai Uniqlo.

Yellow Ribbon Industries, anak syarikat milik penuh Reben Kuning Singapura yang turut menggajikan bekas pesalah, membantu memproses pakaian yang didermakan.

Uniqlo kemudian mengagihkan pakaian yang telah dibersihkan itu kepada golongan mudah terjejas di Singapura dan serata dunia, termasuk penghuni di Rumah Peralihan Selarang.

“Itu adalah satu inisiatif yang baik. Bekas pesalah bukanlah penerima bantuan yang pasif. Melalui inisiatif seperti ini, mereka juga menyumbang kembali kepada masyarakat,” kata Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >