Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN PRESIDEN HALIMAH KE JERMAN

Syarikat Jerman sumbang kepada pembangunan S'pura: Presiden Halimah

Dec 12, 2019 | 05:30 AM



HUBUNGAN ekonomi antara Singapura dengan Jerman sudah lama terjalin sejak 1840-an apabila penduduk asal Hamburg Valentin Lorenz-Meyer menubuhkan syarikat dagang Jerman pertama di Singapura.



Sejak itu, syarikat tersebut terus berkembang, kata Presiden Halimah Yacob semasa berucap di satu majlis jamuan negara di Berlin anjuran Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier kelmarin.



Malah kini, piut Lorenz-Meyer, Encik Dirk, yang turut hadir di majlis itu, bukan sahaja anggota lembaga syarikat Behn Meyer Holding AG itu tetapi juga merupakan Konsul Besar Kehormat Singapura di Hamburg.



"Pelabur Jerman telah lama menyumbang dengan bermakna kepada Singapura," kata Puan Halimah.



Puan Halimah melawat Jerman dari 9 hingga 13 Disember.



Jamuan negara itu diadakan di kediaman rasmi Dr Steinmeier di Schloss Bellevue, lapor akhbar The Straits Times.



"Antara matlamat lawatan saya ialah untuk mengucapkan terima kasih kepada syarikat Jerman atas pelbagai sumbangan penting mereka kepada pembangunan Singapura serta peranan penting mereka memupuk hubungan ekonomi yang baik antara Singapura dengan Jerman," kata Puan Halimah.



Jerman merupakan rakan dagang terbesar Singapura di Kesatuan Eropah (EU) dan lebih 1,800 syarikat Jerman telah melabur di Singapura, dengan pelaburan langsung dari Jerman mencecah 14.3 bilion Euro ($21.5 bilion).



Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) EU-Singapura yang dilaksana baru-baru ini juga akan mengukuhkan hubungan ekonomi, kata Puan Halimah.



Sementara itu, Dr Steinmeier memuji Singapura sebagai sebuah negara muda yang telah melalui transformasi mengagumkan.



"Semakin ramai warga Jerman yang pergi ke Singapura sekarang bukan golongan pelancong yang ingin mencari 'Crazy Rich Asians' (orang Asia yang kaya) yang dibaca mereka dalam novel Kevin Kwan.



"Sebaliknya, mereka ingin membuat kajian atau melanjutkan pengajian di universiti (Singapura) yang terkemuka. Mereka ingin meniaga kerana mereka juga ingin memanfaatkan Singapura sebagai hab untuk menembusi seluruh rantau itu



"Walaupun negara kami berbeza dari banyak sudut, Singapura merupakan inspirasi bagi ramai warga Jerman sebagai makmal era moden ini," katanya.



Dalam pada itu, Puan Halimah turut menarik perhatian kerjasama rapat kedua-dua negara dalam bidang pertahanan dan pendidikan.



Sebanyak enam memorandum persefahaman (MOU) juga akan ditandatangani antara Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dengan pelbagai syarikat Jerman dan penyedia pendidikan semasa lawatan negara itu.



Puan Halimah turut menghadiri sesi menjalin rangkaian dengan syarikat Singapura di Jerman sebelum ke Frankfurt seterusnya.



Beliau akan melawat beberapa syarikat Jerman di Frankfurt dan Heidelberg, serta bertemu dengan sekumpulan warga Singapura dan pelajar ITE selepas itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >