Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat kacang soya didenda $3,000 akibat bangkai tikus, lipas dan sarang lalat

Apr 07, 2022 | 06:08 AM



TIKUS mati, lipas dan sarang lalat dalam longkang adalah antara kesalahan yang ditemui di sebuah syarikat pengeluar produk kacang soya semasa pemeriksaan dijalankan tahun lalu.



Larva dalam air bertakung dan panel siling rosak teruk turut dikesan di Seng Huat Bean Curd di Jurong Food Hub.



Semalam, syarikat itu didenda $3,000 selepas ia mengaku bersalah bagi satu pertuduhan gagal memastikan premisnya disenggara dengan baik dan bersih.



Mahkamah dimaklumkan bahawa pegawai Agensi Makanan Singapura (SFA) memeriksa premis syarikat itu pada awal pagi 29 Julai tahun lalu.



Hasil pemeriksaan menemui lipas hidup dan mati di ruang penyimpanan dan bilik pemanas, tikus mati di ruang simpanan, dinding dan panel siling rosak teruk, serta besen rosak.



Pegawai pendakwa SFA, Encik Liow Chin Chog, memberitahu mahkamah:



"Siasatan mendapati Ng Sheng Jie, pengurus operasi Seng Huat Bean Curd, tidak menyedari kelemahan kebersihan makanan."



Akibatnya, 2,920 kilogram, produk kacang soya ditarik balik daripada syarikat itu dan 470 kilogram lagi barangan dikeluarkan dari pasaran dan pasar raya di Singapura.



Produk tersebut telah dilupuskan pada 30 Julai tahun itu di loji pembakaran Tuas South. Pendakwa raya berkata Seng Huat sebelum ini telah dikenakan denda kompaun $800 kerana gagal memastikan premisnya bersih pada 14 April tahun lalu.



Kata Encik Liow: "Syarikat itu jelas merupakan pesalah degil dan tetap tidak memperbaiki kesalahannya."



Beliau menambah bahawa sikap acuh tak acuh terhadap kebersihan makanan membawa risiko orang ramai dijangkiti wabak makanan.



Seorang wakil syarikat itu dalam mitigasinya berkata bahawa pihaknya telah belajar daripada kesilapan itu dan telah membuat pembetulan.



"SFA telah membuat semakan baru-baru ini dan berpuas hati dengan keadaan syarikat itu," katanya.



Hukuman maksimum bagi setiap pertuduhan gagal memastikan premis makanan sentiasa bersih ialah denda $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >