Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Syarikat mainkan peranan penting gajikan golongan kurang upaya'

DPM Wong galak lebih banyak syarikat bersikap lebih inklusif semasa ambil pekerja
Aug 26, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT-SYARIKAT memainkan peranan yang penting sekali dalam memastikan lebih ramai orang kurang upaya dapat diambil bekerja sementara pemerintah akan terus memainkan peranan utama dengan menawarkan sokongan, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semalam.



Untuk melihat peningkatan yang berdaya tahan dalam pengambilan golongan ini bekerja, beliau berkata perusahaan harus melihat manfaat mengambil mereka bekerja - bukan sahaja bagi tujuan amal atau kebaikan sosial tetapi kerana mereka yakin akan manfaat pengambilan kerja golongan kurang upaya yang inklusif.



Perkhidmatan awam, yang merupakan antara majikan terbesar Singapura, juga bersikap inklusif dalam pengambilan kerja, ujarnya.



Encik Wong juga menarik perhatian tentang Vital, sebuah agensi di Kementerian Kewangan (MOF) yang menawarkan perkhidmatan bersama korporat bagi seluruh perkhidmatan awam.



Encik Wong yang juga Menteri Kewangan berkata Vital bekerjasama dengan SG Enable - sebuah agensi bagi menyokong golongan kurang upaya - untuk mengambil individu dengan autisme bekerja kerana terdapat sesetengah aspek pekerjaan yang dapat dimanfaatkan kekuatan mereka.



Vital kemudian terus mencari peranan pekerjaan yang sesuai bagi golongan kurang upaya dan mereka kini menjalankan pelbagai peranan pekerjaan termasuk dalam divisyen gaji dan tuntutannya.



Bercakap di Forum Perniagaan Inklusif di teater Mediacorp di One-north, Encik Wong menggalak lebih banyak syarikat agar bersikap lebih inklusif dalam pengambilan pekerja.



Forum yang diadakan setiap dua tahun anjuran SG Enable itu memberi tumpuan kepada bagaimana sifat inklusif mengambil golongan kurang upaya bekerja boleh mendorong daya tahan perusahaan dan pertumbuhan mampan dalam masa depan pekerjaan.



Kadar pengambilan kerja orang kurang upaya telah bertambah daripada sekitar 28 peratus pada 2019 kepada sekitar 30 peratus sekarang.



"Kita boleh dan harus melakukan lebih baik kerana sedang kita memandang ke hadapan, apa yang jelas adalah kejayaan berterusan Singapura bukan sahaja bergantung pada pertumbuhan ekonomi yang boleh dihasilkan, tetapi juga betapa inklusif kita sebagai sebuah masyarakat.



"Kita harus menjalankan lebih banyak usaha untuk memastikan semua orang boleh mengambil bahagian sepenuhnya dalam kemajuan negara kita," ujar Encik Wong.



Tambahnya, orang kurang upaya mahu bekerja dan sekiranya diberi peluang, mereka juga dapat menawarkan banyak kemahiran yang berharga.



"Sebagai sebuah masyarakat, kami terhutang kepada mereka untuk memberi mereka peluang ini.



"Oleh itu, marilah kita semua memainkan peranan untuk memastikan 40 peratus orang kurang upaya dapat diambil bekerja menjelang 2030," katanya.



Matlamat itu merupakan antara yang tersenarai dalam Pelan Induk Pemerkasaan 2030 yang diterbitkan minggu lalu.



Langkah berjaya mencapai matlamat itu bermakna lagi 10,000 orang kurang upaya dianggarkan akan diambil bekerja.



Pemerintah juga telah melaksana pelbagai inisiatif seperti skim imbangan gaji serta geran untuk membiayai kos penyesuaian tempat kerja dan peralatan.



Selain itu, SG Enable turut menawarkan khidmat pemadanan kerja serta menawarkan sokongan bimbingan kerja dan latihan.



Selain daripada pengambilan kerja, Encik Wong berkata pemerintah juga sedang meninjau cara lain untuk membina masyarakat yang lebih inklusif bagi orang kurang upaya seperti membantu dari segi kos, jaminan lebih baik bagi penjamin mereka dan memudahkan mereka memenuhi keperluan jangka panjang.



Malah dalam banyak hal juga, huraiannya bukan dimiliki pemerintah sahaja tetapi majikan dan kumpulan masyarakat juga serta bagaimana Singapura sedang memperbaharui kompak sosialnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >