Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat pinjaman jadi mangsa rompakan kali kedua

Apr 17, 2021 | 05:30 AM



TANPA diduga, kakitangan di sebuah syarikat pinjaman wang mengalami rompakan kedua di kedai mereka di Jurong East pada Isnin lalu, hanya lima bulan menyusuli rompakan pertama.



Dalam insiden pertama pada November itu, perompak yang bersenjatakan pisau menarik rambut seorang kakitangan OT Credit sebelum melarikan diri dengan $48,000.



Pada Isnin lalu, pegawai Aetos Mahadi Muhamad Mukhtar dikatakan melarikan diri dengan $24,000 daripada OT Credit, selepas mengancam kakitangannya dengan pistol.



Bercakap kepada The Straits Times di kedai di Blok 135 Jurong Gateway Road itu, seorang kakitangan yang tidak mahu namanya disiarkan berkata:



"Saya rasa kami amat tidak bernasib baik."



Rompakan kedua itu berlaku meskipun selepas kedai itu melaksanakan langkah keselamatan lebih ketat, termasuk memasang sistem penggera baru.



Kakitangan itu berkata kedai tersebut sedang bekerjasama dengan polis untuk terus mempertingkat keselamatan, tetapi tidak memberi butiran atas dasar keselamatan.



Kededua kes yang berlaku dalam tempoh lima bulan itu juga telah mencetus keprihatinan kedai berjiran, NBL Money Transfer, yang kakitangannya kelmarin, menggesa pihak berkuasa supaya mempergiat rondaan dan pemeriksaan di kawasan itu.



"Ia (Rompakan) telah berlaku dua kali di sini dalam tempoh lima bulan," kata Cik Lutfunnesa Shahanaz, 53 tahun, yang bertugas sebagai penolong pengurus operasi di kedai penghantaran wang itu.



Kakitangan kedai itu berkata mereka tidak mendengar sebarang kekacauan semasa insiden terkini berlaku, yang dikatakan berlaku sekitar 3.30 petang pada Isnin lalu.



Menurut Cik Shahanaz, panel kaca mengasingkan kakitangan daripada pelanggan, memberi mereka ciri keselamatan tambahan.



Unit itu juga mempunyai beberapa kamera litar tertutup yang menghantar siaran langsung rakaman ke satu lagi cawangan kedai.



"Kami lebih takut pada masa ini kerana kami tidak menjangka ia boleh berlaku lagi," kata Cik Shahanaz.



"Kami berharap polis boleh menghantar lebih ramai pegawai untuk membuat pemeriksaan di luar kedai-kedai di sini," kata beliau lagi.



Pada Rabu lalu, Mahadi, 38 tahun, didakwa di mahkamah daerah atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata.



Dalam kenyataan polis pada hari yang sama, polis berkata siasatan awal mendedahkan kakitangan OT Credit telah ditunjukkan dengan nota tulisan tangan yang berkata:



"Ini satu rompakan, jangan berteriak. Saya mempunyai pistol dalam saku. Masukkan semua wang dalam beg."



Difahami, kakitangan OT Credit menyerahkan wang tunai lebih $24,000 kepada Mahadi sebelum beliau melarikan diri.



Mahadi dipercayai telah membawa pistol itu semasa merompak kedai itu tetapi tidak menunjukkannya kepada kakitangan dan dipercayai bertindak seorang diri, kata polis.



Dia ditangkap selang lima jam rompakan itu dan jika didapati bersalah atas tuduhan rompakan bersenjata, boleh dikenakan penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya enam sebatan.



Mahadi disyaki telah memasukkan sebahagian wang yang dicuri itu ke akaun bank milik rakannya Nur Shana Mohd Taib.



Nur Shana, 34 tahun, yang dipercayai menerima $10,000 juga dituduh menerima barangan yang dicuri pada Rabu lalu.



Lagi lapan individu berusia antara 16 tahun dengan 48 tahun juga telah ditangkap berhubung rompakan ini.



Bagi rompakan pada November pula, Kotta Kumar Jeswanth, 19 tahun dikenakan hukuman menjalani latihan pemulihan selama sekurang-kurangnya setahun pada Februari lalu.



Dengan bersenjatakan pisau kerambit, Kotta telah menarik rambut seorang kakitangan OT Credit dan melarikan $48,000 bersama beberapa rakannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >