Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat ubah elok 'lesap' lepas gagal laksana projek

Sep 28, 2017 | 05:30 AM



SEBUAH syarikat ubah elok yang menerima empat aduan dalam tempoh dua bulan lalu setelah gagal menyelesaikan kerja, kini tidak dapat dihubungi.



Menurut Persatuan Pengguna Singapura (Case), ia menerima secara keseluruhannya lima aduan terhadap syarikat itu, Valiancy Enterprise, dari 1 Februari hingga 26 September lalu.



Daripada lima aduan itu, empat dilaporkan dalam tempoh dua bulan lalu.



"Aduan ini kebanyakannya mengenai pengguna membayar beberapa ribu dolar kepada syarikat itu tetapi (ia) gagal menyelesaikan kerja ubah elok pada tarikh yang dijanjikan," kata Case dalam satu kenyataan semalam.



Pengguna tidak lagi dapat menghubungi pegawai Valiancy Enterprise.



Case juga tidak dapat menghubungi syarikat itu.



Pemeriksaan akhbar The Straits Times mendapati laman web rasmi Valiancy Enterprise telah dipadam dan nombor telefonnya tidak sah lagi.



Valiancy Enterprise kontraktor ubah elok yang berdaftar di bawah laman web Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB).



Syarikat itu digantung selama seminggu pada April tahun lalu kerana kerja ubah eloknya menyebabkan kebocoran siling dan mengumpul tiga mata demerit.



Mengikut dokumen Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra), syarikat itu didaftarkan pada 20 Mei 2010 dengan alamat di Eunos Avenue.



Menurut Case, industri kontraktor ubah elok menduduki antara 10 tempat teratas dalam senarai aduan yang diterimanya sejak 10 tahun lalu.



Tahun lalu, industri itu dalam kedudukan keempat dalam senarai tersebut, dengan 1,269 kes aduan. Kebanyakan aduan mengenai kegagalan memenuhi kehendak atau janji kontrak, diikuti dengan perkhidmatan tidak memuaskan.



Case berkata pengguna perlu menyemak kontraktor ubah elok pada senarai daftar HDB dan memastikan ia rekod prestasi baik.



"Pengguna juga perlu mengambil perhatian bahawa, dalam kes ini, modal berbayar Valiancy Pte Ltd ialah $100, dan mereka digalak berhemat apabila berurusan dengan syarikat yang mempunyai modal rendah," kata Case.



Persatuan itu juga menasihatkan pengguna supaya membayar deposit permulaan tidak lebih 20 peratus, dan membayar secara berperingkat mengikut setiap peringkat kerja ubah elok yang selesai.



Pelanggan yang mempunyai pertikaian dengan syarikat itu boleh menghubungi Case di talian 6100-0315, atau membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Kecil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >