Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat yang berpangkalan di SG lancar pusat data di Batam

Oct 19, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT yang berpangkalan di Singapura, Data Center First, mengumumkan pelancaran pusat data pertamanya di Batam, Indonesia yang bertujuan mengukuhkan keterhubungan dan rangkaian digital antara Singapura dan kawasan itu.



Pengendali pusat data tersebut mengumumkan semalam bahawa pusat data 30MW itu akan dibina di Taman Digital Nongsa Batam.



Ini menjadi Data Center First pengendali pusat data antarabangsa pertama untuk menubuhkan pusatnya di pulau tersebut.



Pusat data yang dipanggil Nongsa One itu dijangka selesai dibina pada akhir 2023.



Ia akan direka dan dibina berdasarkan piawai Uptime Tier III yang merujuk kepada keupayaan pusat data itu untuk mengekalkan kuasa dan menyejukkan prasarana itu.



Pusat data di tahap itu tidak akan ditutup apabila peralatan perlu diselenggara atau digantikan.



Menurut kenyataan syarikat tersebut: "Permintaan pengguna internet Indonesia yang semakin meningkat dan didorong oleh industri telekomunikasi Indonesia yang terbuka dan berdaya saing terus menarik pelaburan asing ke Indonesia.



"Pelaburan Fasa 1 bernilai AS$40 juta ($54 juta) di kampus Nongsa One DC dari Data Center First ini akan membantu mengukuhkan lagi keterhubungan dan 'jambatan digital' antara Nongsa dan Singapura."



Menteri Perdagangan dan Perindustrian Encik Gan Kim Yong berkata: "Nongsa One akan meningkatkan status Nongsa sebagai hab berkembang bagi khidmat teknologi dan teknologi maklumat, serta pusat data.



"Pelaburan Data Center First menekankan potensi model berhampiran bagi pusat data yang berpangkalan di Singapura untuk memperluas kemampuan mereka dan meraih manfaat dari permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan pusat data di Asia Tenggara."



Beliau menambah Singapura berharap dapat melanjutkan kerjasama erat dengan Indonesia dalam mendukung pembangunan industri pusat data di Nongsa.



Menteri Penyelaras Ehwal Ekonomi Indonesia Airlangga Hartarto berkata beliau mengalu-alukan pusat data baru itu.



"Dianggarkan projek ini boleh menjadi pemangkin bagi Taman Digital Nongsa untuk mendorong pelaburan asing langsung sehingga AS$300 juta. Ia boleh merangsang ekonomi tempatan melalui kesan pengganda yang besar, langsung mempercepat transformasi digital di Indonesia."



Pusat data baru itu akan dibina di tapak seluas 276,600 meter persegi yang terletak di zon ekonomi khusus di Taman Digital Nongsa.



Ketua eksekutif taman itu, Encik Mike Wiluan berkata: "Sebagai pembangunan pusat data pertama di zon ekonomi khusus Nongsa, infrastruktur canggih ini menunjukkan komitmen taman digital ini dalam menarik kededua bakat terbaik dan rakan kongsi infrastruktur global utama sementara mengesahkan lagi peranan kami sebagai 'jambatan digital" dalam peta digitalisasi Indonesia."



Pengarah eksekutif kanan taman tersebut, Encik Marco Bardelli, yang juga ketua projek bagi hab pusat data di sana, berkata: "Saya dapat lihat bahawa kebanyakan pengendali pusat data yang sedang dalam perundingan dengan kami melihat taman ini seperti batu loncatan pertama ke pasaran Indonesia.



"Kami percaya inisiatif kami akan terus mendorong pelaburan infrastruktur yang akan menyokong ekonomi digital tempatan yang berkembang pesat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >