Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syiling sempena LKY100 boleh diambil mulai 4 Sep: MAS

Aug 21, 2023 | 02:17 PM



Mereka yang berjaya memohon bagi mendapatkan syiling LKY100 yang dilancarkan pada Mei 2023 boleh mengambilnya bermula 4 September ini, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Isnin.

Syiling $10 itu, yang dihasilkan sebagai memperingati ulang tahun ke-100 mendiang Encik Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura yang pertama, dibuat daripada gangsa aluminium dan boleh digunakan untuk urusan jual beli.

MAS mengumumkan pada Isnin ia telah menghasilkan empat juta syiling LKY100, bagi memenuhi permintaan yang diterima daripada lebih 700,000 permohonan bagi 3.3 juta syiling semasa tempoh permohonan dalam talian dibuka.

Baki syiling – termasuk yang tidak diambil oleh pemohon – boleh dibeli orang ramai, termasuk bukan warga Singapura, di cawangan bank terpilih mulai 4 Disember.

Bermula sekarang hingga 30 September, setiap pemohon yang berjaya akan menerima pesanan ringkas atau SMS daripada MAS.

SMS itu akan menunjukkan bilangan syiling yang telah diperuntukkan bagi mereka dan tempoh kutipan dua minggu antara 4 September dengan 26 November, serta cawangan bank tempat mereka boleh mengambil syiling itu.

Sesetengah pemohon mungkin diberikan cawangan bank alternatif dan bukannya cawangan pilihan mereka kerana permintaan tinggi bagi slot kutipan di cawangan tertentu, kata MAS.

Mereka yang tidak dapat mengambil syiling mereka dalam tempoh kutipan dua minggu yang diperuntukkan boleh berbuat demikian di cawangan bank yang ditetapkan antara 27 November dengan 3 Disember.

MAS mengingatkan pemohon untuk membawa kad pengenalan serta SMS yang dihantar MAS semasa mengambil syiling mereka.

Pemohon perlu membayar $10 bagi setiap syiling semasa menerimanya di bank.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >