Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sylvia Lim, Low Thia Khiang didapati bertanggungjawab atas kecuaian proses bayaran AHTC

Setiausaha Agung WP, Pritam Singh,
bebas daripada tuduhan tersebut
Jul 08, 2023 | 05:00 AM



Pengerusi Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim, dan mantan setiausaha agung parti tersebut, Encik Low Thia Khiang, didapati bertanggungjawab atas kecuaian dalam proses bayaran Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC).

Namun Setiausaha Agung WP, Encik Pritam Singh, bebas daripada isu tersebut.

Ini merupakan perkembangan terkini berkaitan perbicaraan sivil yang berlarutan berkaitan dakwaan salah guna dana majlis bandaran sebanyak $33.7 juta oleh pemimpin WP dan ahli majlis AHTC pada masa itu.

Selain dapatan terkini itu yang dikeluarkan pada Jumaat, Mahkamah Rayuan mengesahkan bahawa anggota majlis bandaran itu serta kakitangannya bertanggungjawab kepada Majlis Bandaran Sengkang bagi kecuaian dalam membenarkan kegagalan kawalan untuk wujud dalam sistem tersebut, lapor Channel NewsAsia.


Kegagalan tersebut bermula daripada penglibatan pihak-pihak yang berkonflik – ejen pengurusan yang bekerja untuk AHTC yang juga memegang jawatan dalam AHTC – serta ketiadaan perlindungan yang menyebabkan risiko bayaran berlebihan untuk wujud.

Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Cik Lim bertanggungjawab kepada Majlis Bandaran Sengkang bagi kecuaian yang menyebabkan AHTC menganugerahkan satu kontrak baru kepada Red-Power Electrical Engineering. 

Ini selepas beliau gagal membuktikan bahawa beliau bertindak dengan niat baik dengan tidak memilih untuk memperbaharui kontrak yang sedia ada pada kadar harga yang lebih murah.

Mahkamah Rayuan menolak semua dapatan lain oleh hakim perbicaraan, yang sebelum ini mendapati kesemua tiga pemimpin WP itu bertanggungjawab dan menimbulkan keraguan yang serius ke atas integriti mereka.

Dapatan terkini itu bermakna para pemimpin WP yang terlibat dalam perbicaraan tersebut, Cik Lim dan Encik Low, mungkin terpaksa membayar ganti rugi.

Jumlahnya dijangka ditentukan hanya selepas perbicaraan lanjut.

Dalam satu penghakiman yang dikeluarkan pada Jumaat, Ketua Hakim, Encik Sundaresh Menon, berkata mahkamah mendapati Cik Lim dan Encik Low bertanggungjawab bagi kecuaian AHTC dalam membenarkan kegagalan kawalan untuk berlanjutan dalam proses bayaran majlis bandaran itu.

Mereka yang lain didapati bertanggungjawab juga adalah pengarah ejen pengurusan, Cik How Weng Fan, dan mendiang suaminya, Encik Danny Low.

Ini merupakan pihak yang berkonflik yang mempunyai kepentingan dalam kededua AHTC dan ejen pengurusan FMSS, sebuah penyedia khidmat yang diambil AHTC untuk menguruskan operasi harian dalam bandar.

Ahli majlis AHTC pada ketika itu, Encik Chua Zhi Hon, dan Encik Kenneth Foo, bersama Encik Pritam, bebas daripada proses bayaran atas teknikal undang-undang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >