Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syukur dapat tunai haji walau baru pulih angin ahmar

Pesara sudah bersedia, tidak lepas peluang walau ditawar giliran saat akhir
Jun 25, 2022 | 05:30 AM



SEJAK mendaftar untuk menunaikan haji pada 2013, Cik Rodziati Mohd Yacob tekun melakukan persiapan dari segi kewangan dan rohani dalam menanti gilirannya.



Lantaran itu, beliau, 61 tahun, berasa begitu bersyukur yang beliau sudah bersedia apabila menerima berita saat akhir bahawa beliau berpeluang menunaikan ibadah haji tahun ini.



Namun, oleh kerana kali terakhir beliau mengikuti kursus haji ialah dua hingga tiga tahun lalu, Cik Rodziati menjalani kursus singkat yang dianjurkan oleh ejen hajinya dua hari lalu.



Semasa dihubungi, Cik Rodziati, yang baru pulih daripada serangan angin ahmar dua tahun lalu, melahirkan rasa terkejut mendapat giliran ke haji, tetapi tetap gembira setelah menanti sembilan tahun.



"Apabila saya dihubungi pada lewat Isnin lalu yang saya berpeluang menunaikan ibadah haji, saya begitu terperanjat tetapi gembira dan ghairah. Memang teruja sangat dapat ke haji.



"Saya telah banyak berdoa agar diberi peluang melakukan haji tahun ini. Alhamdulillah, termakbul doa saya," ujar beliau, yang bersara daripada pekerjaan sebagai spesialis khidmat pelanggan lima tahun lalu.



"Saya memang sudah lama membuat persiapan. Sejak saya mendaftar pada 2013 sa-ya sudah siapkan kewangan saya dan menjalani beberapa kursus haji.



"Dari segi barang keperluan, memang akhir-akhir ini saya banyak membeli pakaian lebih untuk tujuan haji atau umrah, walaupun tidak tahu bila dapat pergi.



"Mungkin ada gerakan hati, mana tahu giliran itu akan tiba tidak lama lagi. Jadi, bersyukur sangat bila diberikan peluang ini."



Bagaimanapun keprihatinan utama yang berlegar di fikirannya sejurus selepas menerima berita itu ialah kebajikan orang tuanya.



Ini memandangkan Cik Rodziati penjaga utama mereka. Menurut beliau, bapanya yang berusia 90 tahun, pesakit demensia manakala ibunya, 78 tahun, agak uzur.



"Perkara pertama di fikiran saya ialah siapa akan menjaga ibu bapa saya kerana saya menjaga mereka.



"Namun kededua adik lelaki dan ipar-ipar saya memberitahu saya agar tidak risau dan akan menjaga mereka. Mereka banyak memberi sokongan.



"Jadi lega rasanya dan senang hati saya untuk menjalankan ibadah tanpa bimbang tentang mereka.



"Keluarga saya juga tahu ini adalah peluang yang tidak boleh saya lepaskan, apatah lagi usia pun sudah semakin lanjut," terangnya yang dijadualkan berangkat pada 2 Julai.



Satu lagi keprihatinan beliau ialah keadaan fizikalnya, apatah lagi beliau pergi sendirian. Ekoran angin ahmar yang dialami dua tahun lalu, kini pergerakannya lebih perlahan dan kaki tidak begitu kuat.



"Saya akan pergi seorang sahaja dan disebabkan saya tidak boleh bergerak atau berjalan cepat, bimbang juga kalau terjatuh atau apa-apa berlaku.



"Tetapi saya yakin, Allah akan menjaga," tambahnya dengan penuh bersemangat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >