Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

T4 buka pintu kepada awam

Aug 07, 2017 | 02:04 PM



Ratusan pengunjung berada di Terminal 4 (T4) - terminal terbaru di Lapangan Terbang Changi - apabila ia membuka pintu kepada awam buat pertama kali pada 7 Ogos.



Mereka sebahagian pengunjung yang telah mendaftar untuk mendapatkan tiket percuma untuk menghadiri Rumah Terbuka yang berlangsung setiap hari - dari 9 pagi hingga 6 petang - sehingga 20 Ogos nanti.



Menteri pengangkutan Encik Khaw Boon Wan dijangka menghadiri upacara pembukaan pada hari sama.



Antara lain,  pengunjung ke Rumah Terbuka boleh meneroka T4 tanpa emandu pelancong, dengan menggunakan aplikasi bimbit T4 khas yang perlu dimuat turun ke telefon bimbit peribadi. 



Menggunakan app ini, pengunjung boleh menikmati beberapa permainan interaktif untuk memenangi baucar-e yang boleh digunakan di kedai makanan dan minuman di sini.



Terminal baru ini dianggar mampu melayan 16 juta penumpang setiap tahun - sekitar 70% jumlah penumpang yang boleh dilayan di T3 - walau T4 dua kali ganda lebih kecil. 



Ini disebabkan kemudahan layan sendiri seperti mesin mengimbas pas menaiki pesawat dan proses berteras teknologi lain yang memperlicin masa memproses penumpang.



Sebesar 225,000 meter persegi - atau 27 padang bola sepak, T4 dijangka memulakan operasi pada hujung tahun ini.



Pihak awam yang berminat mengunjungi T4 semasa tempoh ini boleh mendaftar untuk tiket percuma di www.T4OpenHouse.com




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >