Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TAA agih dana rekod $1.86 juta tahun ini

Jul 13, 2021 | 05:30 AM



DANA Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) akan mengagihkan dana rekod $1.86 juta tahun ini, yang tertinggi dalam sejarahnya.



Ini selepas ia mengumumkan dana bantuan tambahan lebih $430,000 bagi sekitar 3,600 penerima bantuan, bagi agihannya yang kedua tahun ini,



Ia telah mengagihkan $1.43 juta pada Ramadan lalu di bawah Dana Aidilfitri TAA.



Setiap penerima bantuan menerima wang tunai $120 pada agihan kedua ini. Mereka telah pun menerima $350 dan tambahan bonus $50 melalui agihan pertama. Bantuan $400 itu juga adalah yang tertinggi pernah diberi kepada setiap penerima semasa Ramadan.



Dalam kenyataannya semalam, TAA berkata jumlah bantuan $1.86 juta bagi tahun ini adalah yang tertinggi bagi setahun dalam sejarahnya selama 29 tahun.



Menurut TAA, bantuan tambahan itu dapat diberi kerana sambutan baik orang ramai kepada TAA dan sikap dermawan masyarakat.



Ketua jawatankuasa eksekutif TAA, Encik Farihullah Abdul Wahab Safiullah, berkata: "TAA akan terus memainkan peranannya dalam menghulurkan bantuan kepada penerima kami, terutama sekali sepanjang tempoh tidak menentu ini."



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >