Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG RAMADAN

TAA harap kumpul $1.2j, kekalkan jumlah bantuan

taa
Mar 17, 2023 | 05:30 AM



DANA Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) berharap dapat mengumpul $1.2 juta Ramadan ini bagi membantu golongan memerlukan.



Matlamat itu akan cuba dicapai menerusi pelbagai wadah derma fizikal, seperti tabung derma yang akan diletak di TAA juga akan ditempatkan di bazar Raya di Geylang Serai dan Our Tampines Hub (OTH), dan dalam talian.



TAA mengagihkan jumlah rekod $1.9 juta kepada 3,600 penerima bantuan pada 2022.



Antara cabaran TAA pada 2023 ialah mengekalkan jumlah bantuan kewangan yang diberinya kepada benefisiari, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, semasa melancarkan kempen TAA-Ramadan di Wisma Geylang Serai pada Rabu.



Menekankan peri penting seluruh masyarakat berganding bahu bagi mengatasi cabaran itu, beliau berkata: "TAA terus menjadi wadah yang sangat baik untuk badan-badan Melayu/Islam bersatu dan berusaha ke arah matlamat yang sama.



"Semangat gotong-royong dalam masyarakat Melayu, yang menekankan bantuan dan kerjasama, sejak sekian lama dirai dan saya berbesar hati melihat masyarakat terus bersama menyokong mereka yang memerlukan.



"Komitmen TAA terhadap tadbir urus yang baik dan ketelusan telah mendapat kepercayaan masyarakat, dan ini penting bagi membolehkan pertubuhan amal mencapai misinya."



Setiausaha lembaga pemegang amanah TAA, Encik Ameerali Abdeali, melahirkan rasa gembiranya TAA terus mendapat sokongan orang ramai.



"Inilah keindahan sebenar masyarakat Singapura di mana orang ramai daripada pelbagai kaum dan agama tampil menyokong satu sama lain.



"TAA bergantung pada ihsan dan murah hati masyarakat untuk memberi bantuan kewangan kepada mereka yang kurang bernasib baik," kata beliau di acara majlis pelancaran itu.



Semasa acara pelancaran itu, tiga pertumbuhan menyampai sumbangan kepada TAA.



Cek derma itu disampaikan oleh Pengurus Marine & Offshore Integrated Logistics Pte Ltd, Encik Muhamad Syafiq Mohamed Ali; pengarah urusan Hoe Kee Hardware Pte Ltd, Encik Quah Kee Swee; dan Pengarah syarikat itu, Cik Nancy Quek; serta pengasas Yayasan Salleh Marican, Encik Mohamed Salleh Marican.



Selain itu, sijil pelantikan disampaikan kepada dua Duta Kempen TAA, iaitu Cef Mel Dean serta pelakon Encik Shahril Wahid, dan habuan TAA diberi kepada 18 benefisiari.



Maklumat mengenai cara menderma dalam talian boleh didapatkan di laman www.TAA.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >