Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tabik hormat ulang tahun SG di udara

Aug 08, 2021 | 05:30 AM



BIARPUN Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) kali ini diadakan dalam skala lebih kecil, ia tidak bermakna ia kurang istimewa.



Malah, bagi Mejar (MAJ) Muhammad Iskandar Dzulfadhli Abdul Rahman, 33 tahun, inilah masa baginya memberi penghormatan kepada wira biasa seperti kakitangan barisan depan dan pekerja penting yang telah berjasa kepada Singapura sepanjang tempoh pandemik ini.



Sempena Hari Kebangsaan ke-56 esok, MAJ Iskandar bakal beraksi dalam pertunjukan udara Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) untuk menunjukkan tabik hormat kepada negara.



Beliau, yang merupakan juruterbang jet pejuang F-15SG, berkata mereka akan terbang dalam formasi delta.



"Formasi delta yang rapat adalah simbolik kerana ia melambangkan bagaimana warga Singapura dengan kekuatan, keinginan dan perpaduan kolektif mempunyai matlamat untuk terus maju di tengah-tengah waktu sukar disebabkan Covid-19," ujarnya, yang merupakan seorang lulusan yang memiliki ijazah sarjana dalam bidang Dasar Awam dari Universiti Oxford, yang pernah melibatkan diri dalam NDP pada 2015.



Pesawatnya akan terbang lalu di seluruh Singapura bagi mendekati lebih ramai penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan dan membolehkan warga Singapura mendongak ke langit untuk menyaksikan terbang lalu dari rumah mereka sendiri.



Aksi terbang lalu pulau itu akan bermula di platform terapung di Marina Bay pada 9.50 pagi setelah perbarisan istiadat selesai, dan berakhir di Pangkalan Udara Paya Lebar.



Mereka akan melalui udara estet perumahan termasuk Toa Payoh, Ang Mo Kio, Yishun, Woodlands, Jurong, Clementi, East Coast, Bedok, Tampines, Pasir Ris dan Punggol.



Tahun ini, hanya Perbarisan Istiadat berlangsung pada 9 Ogos memandangkan negara masih dalam Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) Covid-19.



Pertunjukan NDP telah ditangguh ke 21 Ogos.



MAJ Iskandar, yang menyertai RSAF pada 2008, berkata biarpun terdapat cabaran dari segi latihan dan pertukaran dalam jadual disebabkan Covid-19, mereka tetap berlatih dengan gigih.



Beliau turut mengimbas kembali sesi latihan di mana beliau terbang lalu di udara Singapura sambil menyaksikan matahari terbenam.



"Kami bukan sahaja membuat persembahan, tetapi kami juga sedang menunjukkan kami bersatu sebagai satu negara dan kami sedang memainkan peranan kami sebagai sebahagian angkatan udara demi memastikan keselamatan negara kita," tambahnya.



Bagi beliau, NDP merupakan acara tahunan yang penting dan menjadi peringatan kepada rakyat Singapura tentang perjalanan negara ini menuju kemerdekaan.



Bagi Perbarisan Istiadat Hari Kebangsaan esok, jumlah peserta yang terlibat secara fizikal telah dikurangkan sebanyak 70 peratus berbanding perbarisan lalu yang diadakan di Pentas Terapung di Marina Bay.



Helikopter Chinook, yang diiringi helikopter AH-64 Apache, akan juga terbang lalu kawasan kejiranan, sambil mengibar bendera Singapura esok.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >