Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN PENAHANAN ISA

Tahanan ISA akan teruskan persekolahan, terima bimbingan

Feb 03, 2023 | 05:30 AM



MENANGKIS masalah radikalisasi sendiri di peringkat awal memang penting, namun unsur pendidikan yang diterap dalam kalangan tahanan muda sebagai persiapan mereka kembali ke pangkuan masyarakat masyarakat perlu terus ditekankan.



Atas sebab itu, Muhammad Irfan Danyal Mohamad Nor, 18 tahun yang menjadi radikal sendiri dan diberkas Disember lalu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), masih terus dibenarkan belajar semasa dalam tahanan.



Pendidik dan kaunselor Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Dr Muhammad Mubarak Habib Mohamed, yang telah mengajar sehingga lima tahanan sejak menjadi anggota RRG pada 2009, berkata keikhlasan tenaga pengajar dalam membantu dan menyokong pembelajaran serta mempersiap golongan tahanan sedemikian untuk peperiksaan nasional adalah kunci di sebalik memastikan keselesaan tahanan dalam persiapan bidang akademik mereka.



Beliau yang merupakan mentor, tenaga pengajar dan anggota sekretariat serta penyelaras Program Kesedaran bagi Belia RRG menambah bahawa "pendidikan mampu melembutkan hati golongan sedemikian dan persiapkan minda mereka untuk menghapuskan ideologi ganas yang kemudian diganti pula dengan rasa belas ihsan, sayang dan keamanan selepas mereka hadiri kaunseling keagamaan".



"Pembelajaran memberi stimulasi kepada otak belia memandangkan mereka bersifat ingin tahu. Ini akan dapat menyalur semula tenaga mereka daripada berfikir dan berasa dikawal kepada diperkasa secara intelektual dan kerohanian," katanya.



Menurutnya mereka yang sedang dalam tahanan mengambil peluang untuk belajar secara serius dan belajar bersungguh-sungguh bagi persiapan hadapi peperiksaan nasional.



Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Hasbi Hassan, pula berkata ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mereka mempunyai akses bagi pendidikan Islam melalui badan-badan yang diiktiraf termasuk Insititusi Pengajian Islam Pergas (IPIP) dan banyak lagi.



"Ancaman radikalisasi boleh terjadi pada apa jua agama. Antara saranan untuk mengukuhkan benteng bagi ancaman tersebut adalah mengisikan ilmu keagamaan dari rumah hingga ke bangku sekolah," katanya.



Irfan Danyal, seorang pelajar posmenengah, merancang menikam dan membunuh orang awam, termasuk orang yang beragama Islam di lorong-lorong gelap, kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam kenyataannya kelmarin.



Semasa dalam tahanan, Irfan Danyal akan menerima kaunseling agama, selain pemulihan psikologi dan sosial, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, kelmarin.



Encik Shanmugam berkata RRG akan memberi kaunseling kepada Irfan Danyal berkaitan Islam.



Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) telah bekerjasama dengan sekolah Irfan agar dia dapat teruskan persekolahannya, menduduki peperiksaan semasa ditahan dan mempunyai seorang relawan RRG selaku mentornya untuk memberi motivasi kepadanya.



Pengerusi bersama RRG, Ustaz Dr Mohamed Ali, berkata sedang penglibatan seluruh masyarakat itu penting dalam menangkis ideologi radikalisasi, peluang perlu terus ditimba tahanan muda sebagai persiapan mereka berintegrasi dengan masyarakat.



"Dua dekad lalu, pengaruh ideologi radikal bermula menerusi kelas yang dihadiri secara fizikal.



"Kini ia mula beralih kepada menjadi radikal secara sendiri. Saya perhatikan ia mula merebak menerusi platform dalam talian dan media sosial menerusi pelbagai kaedah termasuk pendakwah asing yang bersikap ekstremis.



"Lantas kita perlu menangkisnya dengan mempertingkatkan lagi mesej yang menentang ideologi sedemikian menerusi pendakwah setempat," katanya.



Beliau menekankan bahawa dalam hal ini kerjasama semua pihak, termasuk pihak berkuasa, ibu bapa dan pendidik diperlukan bagi mengesan dan menangkis radikalisasi sendiri," katanya.



Menurut ISD, Irfan mula menjadi radikal sendiri pada 2020 selepas menonton video-video YouTube oleh pendakwah asing yang radikal, Zakir Naik.



Selepas menonton semua video tersebut, Irfan menonton pula video YouTube pendakwah radikal asing lain seperti Ahmed Deedat.



Dia juga menyertai perbincangan dalam media sosial di mana dia terdedah kepada propaganda ISIS.



Lama kelamaan dia menanam minat terhadap ISIS dan memuji pejuang mujahidin dalam video-video berkaitan jihad.



Pada masa ini seramai sembilan lelaki muda berusia 20 tahun ke bawah telah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak 2015.



Dalam respons kepada Berita Harian (BH), seorang kaunselor RRG, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar, menganggap kes terkini melibatkan Irfan Danyal membuktikan bahawa dia seorang yang kurang pendedahan tentang Islam sebenar.



"Seperti belia lain yang dikenakan tindakan ISA, kes terkini juga menunjukkan yang dia juga tidak banyak beza - dari sudut kurangnya pendedahan Islam yang sebenar yang seharusnya dipelajarinya pada usia sebegini.



"Memang trend usia remaja yang terlibat (dalam radikalisasi sendiri) amat membimbangkan," jelasnya yang telah memberi kaunseling di bawah naungan RRG terutama remaja sejak lebih 10 tahun lalu.



Menurutnya pendekatan dan pemulihan terhadap golongan ini lebih kepada pembelajaran sejarah perkembangan aliran-aliran yang menyimpang dan kembalikan mereka kepada amalan Nabi Muhammad saw yang menekankan tentang akhlak dan adab-adab yang tercatat dalam Al-Quran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >