Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tahun Baru Cina lebih meriah

Jan 21, 2023 | 05:30 AM



CIK Noelle Chua, 32 tahun, dan suami, Encik Aminurrashid Hasnordin, 42 tahun, jelas ghairah menyambut Tahun Baru Cina (CNY) tahun ini, malah mula buat persiapan seawal dua bulan lalu.



Menurut Cik Chua, kemeriahan menyambut CNY tahun ini amat dirasakan kali ini selepas perayaan itu disambut dengan sederhana akibat sekatan Covid-19 sebelum ini.



"Ketika itu, kami rasa tidak perlu untuk beli baju baru atau menghias rumah," ujar Cik Chua yang merupakan pemilik bersama restoran The Social Outcast, dengan Encik Aminurrashid sebagai pemilik dan cef di restoran itu.



Ini ditambah pula dengan pemergian bapa Encik Aminurrashid pada 2020.



Menurut Cik Chua, beliau dan suami yang berumahtangga pada 2017 gemar menyambut pelbagai perayaan yang diraikan Singapura bersama keluarga dan teman mereka daripada pelbagai kaum dan latar belakang.



"Sebelum pandemik, kami menganggap akan sentiasa ada masa untuk berkumpul tetapi hakikatnya, masa tidak menunggu kita.



"Sebab itulah sempena Tahun Baru Cina ini, kami ingin menyatukan seluruh keluarga kami, termasuk kakitangan The Social Outcast, serta meluangkan masa melawat keluarga," kata Cik Chua.



Tahun Arnab ini juga amat bermakna bagi Cik Chua dan suami kerana ia juga menandakan permulaan baru bagi restoran mereka yang akan berpindah dari The Grandstand ke Katong, dengan konsep yang berbeza.



Sedang mereka berusaha memajukan jenama itu dalam sekitaran sektor F&B yang mempunyai pelbagai tuntutan terutamanya dari segi fizikal, Cik Chua berkata mereka juga sedar pentingnya rehat di tengah-tengah kesibukan jadual.



"Kami selalu ingatkan diri sendiri dan orang lain juga bahawa tanpa kesihatan, apa gunanya semua ini," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >