Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tajaka tidak perlu beroperasi pada Sabtu mulai 2025

Jul 12, 2023 | 04:44 PM



Tajaka tidak lagi dikehendaki beroperasi pada Sabtu mulai 1 Januari 2025 dalam usaha pemerintah memperbaiki keadaan bekerja pendidik awal kanak-kanak dan menjadikan kerjaya dalam sektor itu lebih menarik.

Mengumumkan demikian di majlis pelantikan program pembangunan profesional (PDP) pada Rabu, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata dengan perubahan itu, tajaka hanya akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, tanpa perlu menyediakan perkhidmatan separuh hari pada Sabtu.

Beliau berkata tinjauan yang dijalankan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) sepanjang 10 bulan lalu mendapati 98 peratus keluarga berkata mereka tidak memerlukan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak pada Sabtu kerana mereka boleh menjaga anak mereka sendiri atau menggunakan khidmat penjagaan lain.

Bagi baki 2 peratus, Ecda mendapati terdapat keluarga yang memerlukan pengaturan penjagaan pada Sabtu kerana kedua-dua ibu bapa mungkin bekerja, namun bilangan keluarga itu adalah kecil, katanya.

“Bagi kebanyakan keluarga yang tidak menggunakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak pada Sabtu kini, penghentian perkhidmatan itu tidak akan menyebabkan sebarang kesulitan. Tetapi bagi pendidik awal kanak-kanak, ia adalah sesuatu yang bermakna sedang mereka bergerak ke arah bekerja lima hari seminggu dan meluangkan lebih banyak masa untuk diri mereka sendiri dan bersama keluarga mereka,” kata Encik Masagos.

“Ini akan membantu mengekalkan mereka dalam sektor itu, sambil menarik lebih ramai warga Singapura untuk menyertai dan menyokong pengembangan berterusan tempat prasekolah. Akhirnya, tenaga kerja awal kanak-kanak yang lebih terlibat dan disokong akan memberi manfaat kepada keluarga dan pembelajaran anak-anak kita,” tambahnya.

Bagi membolehkan pendidik dan prasekolah meraih manfaat daripada perubahan itu lebih awal, tajaka akan dibenarkan untuk tidak beroperasi pada Sabtu jika tiada permintaan mulai 1 Januari 2024.

Mulai 2024 juga, pengendali dengan beberapa pusat tajaka juga akan dibenarkan mengumpulkan permintaan dan mengendalikan pusat tertentu pada Sabtu.

Perkhidmatan penjagaan kanak-kanak pada Sabtu juga tidak akan ditawarkan bagi pendaftaran baru mulai 2024.

Pengumuman itu disambut baik oleh ketua tajaka Morning Glory di Boon Lay, Cik Yasmin Balik, 34 tahun.

Beliau berkata pusatnya mempunyai 51 murid berusia 18 bulan hingga enam tahun pada hari biasa tetapi hanya satu atau dua murid datang pada satu Sabtu dalam sebulan kerana ibu bapa mereka perlu bekerja, mengendalikan perniagaan atau menghadiri mesyuarat.

Pusat itu dibuka dari 7 pagi hingga 2 petang pada setiap Sabtu, dan jika tiada murid yang datang, guru-guru akan mengisi masa dengan pelbagai tugas seperti mengemas bilik darjah dan menyediakan bahan mengajar.

“Saya rasa lega dan gembira untuk guru-guru kerana saya tahu betapa gigih mereka bekerja setiap hari. Selain bekerja, ramai juga guru menjalani pembangunan profesional agar dapat memperbaiki mutu penjagaan mereka. Jika guru-guru tidak perlu datang ke kerja pada Sabtu, mereka akan mempunyai lebih masa untuk berehat atau diluangkan bersama keluarga dan kawan-kawan,” kata Cik Yasmin.

Di acara pada Rabu itu, Encik Masagos melancarkan Perancangan Perubahan Industri (ITM) Awal Kanak-Kanak 2025 yang akan memberi tumpuan kepada pekerjaan dan kemahiran bagi menangani keperluan sektor yang berkembang.

Seramai 459 pendidik awal kanak-kanak, termasuk ketua, dilantik ke PDP pada 2023. Sejumlah 3,194 pendidik telah dilantik ke program itu sejak 2016, dengan 1,000 daripada mereka telah menyelesaikan program tiga tahun itu.

Program itu menyokong pembangunan profesional pendidik awal kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyandang peranan lebih besar dalam pertubuhan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >