Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tak pakai pelitup: Warga Britain akui 'berdaulat', 'tak boleh didakwa'

Aug 06, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang dirakam tidak memakai pelitup semasa menaiki MRT Mei lalu memberitahu Mahkamah Daerah semalam dia "berdaulat", sambil menambah "tuduhan tersebut tidak boleh dikenakan terhadap saya".



Pada hari pertama perbicaraannya, Benjamin Glynn, 40 tahun, yang kini ditahan setelah ikat jaminnya dibatalkan 19 Julai lalu, berkata: "Saya tidak akan mengaku bersalah atau tidak bersalah."



Warga Britain yang tidak diwakili itu juga berkata dia ada "penasihat undang-undang", sambil menunjuk ke arah seorang lelaki di dalam mahkamah, Encik Abdul Rashid Abdul Rahman, penjaminnya.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Timotheus Koh memberitahu mahkamah Encik Abdul Rashid bukan seorang peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Agung Singapura.



Hakim Daerah Eddy Tham berkata Encik Abdul Rashid tidak boleh mewakili sesiapa pun di Singapura kerana beliau tidak pernah diiktiraf sebagai peguam di sini.



Bercakap kepada mahkamah, Encik Abdul Rashid berkata beliau "duta kelana dan penyokong Kerajaan Filipina Hacienda", dan beliau berada di situ untuk membela "rakan senegara berdaulat" beliau.



Beliau juga berkata: "Saya tidak perlu lesen untuk berkhidmat sebagai penasihat guaman".



Hakim Tham menjawab itu "bukan pendirian" undang-undang di sini dan Encik Abdul Rashid kemudian duduk bersama orang awam lain.



DPP Koh juga menggesa mahkamah mengarahkan agar Glynn menjalani pemeriksaan untuk memastikan dia siuman dan berupaya membela dirinya sendiri di mahkamah.



Pihak pendakwa berkata keluarga dan kawan-kawan Glynn telah menulis mengatakan terdapat perubahan ketara dalam kelakuannya selepas sekatan Covid-19 dilaksana di Singapura.



DPP juga menonjolkan kelakuan Glynn di mahkamah semalam dan semasa perbicaraan awal dan berkata: "Kelakuan tertuduh di mahkamah sudah amat ketara."



Menolak permohonan itu, Glynn meninggikan suara dan berkata, "Minda saya masih jelas… Saya sedar. Saya sedar... Hanya kerana saya enggan menjadi hamba, anda menuduh saya sebagai seorang yang tidak siuman."



Glynn menambah dia telah menghabiskan "ratusan jam" mempelajari undang-undang dan tahu perkara perundangan lebih baik daripada DPP Koh.



Hakim Tham kemudian memerintahkan warga Britain itu direman di Institut Kesihatan Mental bagi pemerhatian psikiatri. Perbicaraan akan disambung pada 19 Ogos.



Bagi setiap tuduhan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara), pesalah boleh dipenjara hingga enam bulan dan didenda hingga $10,000.



Jika sabit kesalahan melakukan gangguan, pesalah boleh dipenjara hingga setahun dan didenda hingga $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >