Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taman bunga bakal hiasi bazar Hari Raya Geylang Serai

Mar 20, 2022 | 05:30 AM



PENGALAMAN beli-belah yang hampir serupa dengan suasana Bazar Hari Raya Geylang Serai prapandemik menanti pengunjung ke Wisma Geylang Serai (WGS) mulai 2 April ini.



Pengalaman Beli-Belah Hari Raya Geylang Serai 2022 itu menjanjikan sekitar 40 gerai terdiri daripada lapan gerai makanan yang menawarkan pelbagai sajian halal, dan 32 gerai runcit yang menjual produk perayaan tradisional dan kontemporari.



Bazar itu akan membawa tema Taman Bunga Dongeng (Fairy Tale Blossom Garden) yang mengubah zon beli-belah menjadi taman mekar yang bertujuan mengembalikan suasana perayaan bazar Ramadan yang lalu dengan warna dan elemen reka bentuk bunga.



Dalam kenyataannya semalam, WGS berkata Pengalaman Beli-Belah Hari Raya Geylang Serai itu akan dianjurkan selama 31 hari dari sehari sebelum Ramadan hingga 2 Mei, iaitu malam Hari Raya. Ia akan dibuka setiap hari dari 1 petang hingga 11 malam.



Ia akan dibahagikan kepada dua zon, iaitu di dalam dan sekitar WGS.



Hanya pengunjung yang telah divaksin penuh boleh ke sana.



"Sedang kita beransur-ansur kembali ke keadaan normal, WGS berharap dapat membawa lebih banyak keceriaan perayaan kepada masyarakat dengan pengalaman beli-belah di Geylang Serai untuk mengiringi lampu jalan terang-benderang yang telah didirikan oleh Jawatankuasa Perundingan Rakyat Geylang Serai, Kembangan-Chai Chee dan Marine Parade," Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



"Untuk meningkatkan ini lagi, pengunjung ke WGS juga akan dapat menikmati program fizikal dan hibrid di lokasi itu dan di semua wadah dalam talian WGS," tambahnya yang juga merupakan penasihat WGS.



Dalam kenyataannya, WGS mengumumkan yang Orange Travel Pte. Ltd telah dianugerahkan tender untuk mengendalikan Pengalaman Beli-Belah Hari Raya Geylang Serai itu.



Bagi mematuhi langkah pengurusan selamat, pengendali itu akan melaksanakan rancangan pengurusan orang ramai yang terdiri daripada pegawai di lokasi yang disokong oleh beberapa sistem digital dan teknologi.



Antara lain, sebuah sistem pemantauan orang ramai dalam masa nyata akan dilaksanakan bagi memberitahu mereka yang merancang mengunjungi Pengalaman Beli-Belah Hari Raya Geylang Serai itu tentang keadaan orang ramai di sana melalui wadah dalam talian.



Ini bagi membantu orang ramai membuat keputusan dan mengelakkan daripada mengunjunginya apabila ia terlalu sesak.



Sebuah wadah Acara Maya 360-Darjah juga akan ditawarkan, di mana pengalaman beli-belah akan dipertingkat oleh teknologi keupayaan realiti maya.



Ini bermakna pelanggan akan dapat melihat produk yang dipamerkan seolah-olah mereka berada di lokasi.



Ini akan membolehkan mereka menentukan zon mana untuk dituju, dan gerai mana mereka mahu kunjungi, sebelum mereka menjejakkan kaki ke zon beli-belah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >