Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taman Burung Jurong ditutup, bakal pindah ke Mandai Wildlife Reserve

Jan 04, 2023 | 05:30 AM



TAMAN Burung Jurong ditutup sepenuhnya hari ini sekali gus menutup tirai satu sejarah tarikan ikonik negara yang telah bertapak di sini sejak sekitar separuh abad lalu.



Kawasan seluas 20 hektar mengadakan majlis penutupannya semalam dengan menerima lebih 2,600 tetamu sehingga 5 petang semalam.



Menurut pengendali kumpulan Mandai Wildlife Group sebelum ini, bilangan pengunjung ke taman itu telah melonjak sejak penutupan taman itu diumumkan Ogos lalu.



Ia mencatatkan bilangan seharian tertinggi melebihi 8,000 orang pada 26 Disember lalu - empat kali ganda kadar purata seramai 2,000 pengunjung setiap hari.



Taman Burung Jurong, dibina dengan kos $3.5 juta, dibuka kepada orang ramai pada 3 Januari 1971.



Ia merupakan taman burung terbesar di Asia yang telah menerima lebih 40 juta pengunjung dan dijadikan rumah bagi sekitar 3,500 burung merangkumi 400 jenis.



Ia akan dipindahkan ke rumah barunya di Mandai Wildlife Reserve, dinamakan Bird Paradise yang dijadual dibuka suku kedua tahun ini, sekali gus diletakkan dekat kelompok tarikan kehidupan liar lain seperti Zoo Singapura, River Wonders dan Safari Malam.



Tarikan lain yang bakal dibuka d situ termasuk Rainforest Wild, sebuah resort baru dikendali Banyan Tree Hotels & Resorts.



Kumpulan Mandai Wildlife Group pada Oktober lalu berkata kerja-kerja persiapan bagi pemindahan itu telah dimulakan sejak tiga tahun lalu.



Sejak dua tahun lalu, taman burung itu telah diubah suai temanya agar dapat mencerminkan sarang baru di Bird Paradise.



Langkah itu juga dilakukan agar ia boleh memperkenal jenis burung baru yang dapat ditempatkan di sarang yang bertema sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >