Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN

Taman dan cawangan F&B antara lokasi sumber digital NLB boleh diakses

Mar 05, 2022 | 05:30 AM



ORANG ramai akan dapat mengakses sumber digital Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) di ruang harian seperti pejabat, taman dan cawangan makanan dan minuman, sedang agensi itu berusaha menggalak lebih ramai warga menjadi lebih bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka.



Mengumumkan demikian semasa perbahasan belanjawan kementeriannya semalam, Setiausaha Parlimen (Perhubungan dan Penerangan) Cik Rahayu Mahzam berkata:



"'Nod' sedemikian akan menjadi lanjutan kepada perpustakaan fizikal dan akan memaparkan koleksi digital NLB untuk menarik minat warga Singapura agar membaca dan belajar di mana mereka berada."



Buat masa ini, 18 'nod' sedemikian disediakan di pusat beli-belah dan Jewel di Lapangan Terbang Changi, dan terdiri daripada ruang percubaan dan kod QR e-buku dalam lif.



Usaha adalah sebahagian daripada hala tuju lima tahun NLB.



NLB juga melancarkan ExperienceIT, dengan kerjasama kumpulan seperti Amazon Web Services, untuk menggalak orang ramai mempelajari tentang teknologi baru muncul.



Lembaga itu juga akan bekerjasama dengan masyarakat untuk membawa lebih banyak cerita Singapura ke perpustakaan NLB.



Perpustakaan Awam Central akan, selepas dirombak, mempunyai ruang "Singapore Alcove" yang memaparkan cerita Singapura, kesusasteraan dan acara tetap bersama pengarang tempatan.



Perpustakaan baru yang dijadualkan dibuka di Hab Bandar Punggol pada separuh kedua tahun ini merupakan satu lagi langkah ke arah "menyamaratakan akses digital", tambah Cik Rahayu.



"Berdasarkan usaha berterusan NLB untuk memastikan kebolehcapaian ruang fizikalnya, NLB akan melakukan lebih banyak lagi melalui khidmat kebolehcapaian yang komprehensif untuk orang kurang upaya, bermula di Perpustakaan Serantau Punggol."



Usaha melakukan lebih banyak lagi itu termasuk menawarkan koleksi yang boleh diakses - buku deria dan braille, bahasa isyarat dengan teks dan teknologi bantuan untuk orang yang memerlukan kandungan diterjemahkan ke bahasa lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >