Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taman mata air panas di Sembawang dibuka semula

Jan 04, 2020 | 04:18 PM



TAMAN Mata Air Panas Sembawang telah dibuka semula secara rasmi pagi tadi (4 Jan) selepas ditutup pada Ogos 2018 bagi menjalani kerja pembangunan semula.



Taman itu telah diperluas 11 kali ganda menjadi 1.1 hektar, atau serupa saiz sembilan kolam renang Olimpik.



Ia juga menampilkan kolam berjuntai empat tingkat, yang mencurahkan air sehangat 70 darjah Celsius yang dibiarkan menjadi dingin secara semula jadi kepada 40 darjah Celsius. Kolam itu boleh digunakan orang awam untuk merendam kaki.



Paip dengan ketinggian berbeza juga disediakan bagi orang awam mengambil air panas, selain tempat memasak telur.



Kos pembangunan semula taman itu memakan belanja $4.3 juta.



Mengulas tentang projek itu, Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung, yang juga penasihat akar umbi GRC Sembawang, berkata walaupun taman mata air panas itu menjalani pembaharuan, ia tetap mengekalkan ciri keunikan Sembawang yang penuh dengan sejarah tersendiri.



Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang yang lain, Encik Khaw Boon Wan, Dr Lim Wee Kiak dan Encik Amrin Amin, turut hadir dan mereka disertai AP GRC Nee Soon, Cik Lee Bee Wah, dan Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Kolam mata air panas itu, yang terletak berhampiran simpang Jalan Sembawang dan Gambas Avenue, dibuka percuma kepada orang awam, setiap hari dari 7 pagi hingga 7 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >