Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taman Semula Jadi Rifle Range baru dibuka, tampilkan denai sepanjang 7km, titik padangan di atas kuari

Nov 12, 2022 | 12:57 PM





DAHULU sebuah kawasan kampung dengan kuari yang terbiar, Taman Semula Jadi Rifle Range kini berwajah baru dan telah dibuka kepada awam pada Sabtu (12 November). 



Terletak di bahagian selatan Hutan Simpanan Bukit Timah, taman semula jadi seluas 66 hektar itu merupakan yang kelapan dalam Rangkaian Taman Semula Jadi Tengah, iaitu sekumpulan taman semula jadi yang mengelilingi hutan simpanan Tadahan Tengah dan Bukit Timah.



Taman itu asalnya tapak lama bagi Kampung Bukit Timah dan Kuari Sin Seng yang ditutup pada 1998.



Ia menampilkan lebih tujuh kilometer denai dan laluan pejalan kaki yang mengajak pengunjung masuk hutan dan menyaksikan sungai kecil semula jadi, dan titik pandangan setinggi 31 meter yang terletak di atas tanah basah kuari.



Taman itu juga mudah diakses melalui jambatan atas dari Beauty World Centre di Bukit Timah Road.



Ia dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong pagi ini.



Selain menyediakan rekreasi alam semula jadi kepada umum, Taman Semula Jadi Rifle Range memainkan peranan penting dalam memelihara warisan semula jadi Singapura.



Pengarah kumpulan pemeliharaan Lembaga Taman Negara (NParks), Encik Lim Liang Jim, dalam satu taklimat kepada media sebelum pelancarannya, berkata taman itu berfungsi sebagai “penyangga” kepada Hutan Simpanan Bukit Timah, sambil meningkatkan ketersambungan ekologi dan menyediakan habitat yang saling melengkapi untuk biodiversiti hutan simpanan.



Menurut NParks, jarak hampir Taman Semula Jadi Rifle Range dengan Hutan Simpanan Bukit Timah membolehkan hutan itu tumbuh semula.



Encik Lim menambah:



"Dengan melindungi kawasan hutan yang besar dalam simpanan, anda kemudian akan dapat melindungi dan menyediakan habitat untuk pelbagai jenis spesies yang kemudiannya boleh tinggal di dalam habitat ini."



Taman Semula Jadi Rifle Range sejauh ini didiami lebih 400 spesies flora seperti pokok yang terancam di singapura, mempat merah, dan lebih 300 spesies fauna termasuk colugo Malaya, tenggiling Sunda dan kucing harimau bintang.



Encik Lim berkata lagi bahawa taman semula jadi juga merupakan satu cara untuk mengurangkan jumlah lawatan di hutan simpanan teras, dengan mengubah hala aliran pengunjung.



Taman Semula Jadi Rifle Range turut adalah taman semula jadi tenaga positif bersih pertama Singapura. Ia menggunakan panel solar yang boleh menjana sekitar 57 megawatt–jam elektrik setahun, menguasakan operasi di pavilion pelawat taman dan tapak semaian masyarakat.



Taman itu dibuka setiap hari bermula 7 pagi hingga 7 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >