Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taman Tugu Peringatan kenang pegawai SCDF yang gugur semasa tugas

May 06, 2023 | 05:30 AM



SEBUAH Taman Tugu Peringatan bagi memperingati kakitangan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang telah gugur semasa menjalankan tugas telah didedahkan sempena Hari Anggota Bomba Sedunia.



Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam mendedahkan memorial tersebut pada Khamis di Galeri Warisan Pertahanan Awam yang terletak di 62 Hill Street.



Terukir di monumen marmar bersegi empat itu adalah nama anggota bomba Sarjan (1) Edward Go, 19 tahun, dan Sarjan Shaik Amran Shaik Jamal, 24 tahun, yang telah meninggal dunia semasa menjalankan tugas mereka.



Acara tersebut dihadiri ahli keluarga Sarjan Go, anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) yang meninggal dunia pada 8 Disember 2022 selepas bertarung dengan kebakaran di sebuah flat di Henderson Road.



Turut menghadiri majlis itu ialah rakan sekerja Sarjan Shaik Amran yang maut pada Januari 2006 apabila Kenderaan Red Rhino, yang sedang dalam perjalanan menghala ke Woodlands Square mengalami kemalangan.



Menurut laporan The Straits Times, beliau adalah anggota bomba pertama yang meninggal dunia sejak penubuhan SCDF pada 1982.



Dalam ucapan Encik Shanmugam kepada keluarga dan rakan sekerja mendiang Sarjan Go dan Sarjan Shaik Amran semasa acara tersebut, beliau turut meluahkan rasa simpati atas kehilangan mereka yang tidak terkira.



Beliau berkata monumen itu adalah satu cara memperingati orang tersayang mereka yang telah kehilangan nyawa semasa berkhidmat untuk negara.



"NSF kami melalui latihan dan penilaian yang sama seperti pegawai tetap, dan kami mengharapkan mereka untuk menyumbang dengan cara yang sama.



"Dengan bilangan penduduk kita yang kecil, tenaga kerja telah, dan akan terus menjadi sebuah cabaran bagi Singapura. Dan NSF kami melakukan peranan mereka untuk memastikan Singapura dan rakyat Singapura sentiasa selamat," kata Encik Shanmugam.



Hari Anggota Bomba Sedunia diperingati setiap tahun pada 4 Mei untuk mengiktiraf anggota bomba dan kakitangan perkhidmatan kecemasan di seluruh dunia yang telah terkorban semasa menjalankan tugas.



Semua kakitangan yang menghadiri acara itu memakai reben merah dan biru, melambangkan api dan air, di dada mereka sebagai tanda solidariti.




"NSF kami melalui latihan dan penilaian yang sama seperti pegawai tetap, dan kami mengharapkan mereka untuk menyumbang dengan cara yang sama.
Dengan bilangan penduduk kita yang kecil, tenaga kerja telah, dan akan terus menjadi sebuah cabaran bagi Singapura. Dan NSF kami melakukan peranan mereka untuk memastikan Singapura dan rakyat Singapura sentiasa selamat."
- Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >