Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taman Warisan Melayu anjur pameran peribahasa kucing

Mar 11, 2021 | 05:30 AM



TAMAN Warisan Melayu (TWM) sedang menganjurkan pameran luar mengenai peribahasa berkaitan kucing, yang sesuai dikunjungi keluarga dengan anak-anak kecil pada cuti penggal minggu depan.



Pameran itu memaparkan 10 peribahasa berkaitan haiwan comel itu di lamannya berserta makna dalam bahasa Melayu dan Inggeris.



Lebih menarik, sebanyak 30 lukisan kucing setinggi 1.2 meter karya seniman Jepun, Juno, turut dipaparkan di pameran 'Paw-verbs on the Lawn' itu.



Juno terkenal di Instagram dengan lukisan kucingnya yang menarik dan ini kali pertama karyanya dipamerkan di Asia Tenggara.



Pengurus Besar TWM, Cik Asmah Alias, berkata pihaknya telah menemui sekitar 20 peribahasa berkaitan kucing dan memilih 10 yang tidak terlalu panjang dan mudah dialih bahasa tanpa hilang maknanya.



Mereka juga telah memilih 30 lukisan kucing daripada sekitar 1,000 yang telah Juno hasilkan dalam kerjasama pertama mereka itu.



"Kami memilih peribahasa yang lebih berkait untuk keluarga. Apabila mereka datang dengan anak-anak mereka, kami harap ini sesuatu yang mereka boleh dengan mudah sampaikan kepada anak-anak mereka, sama ada dari segi bahasa atau nilainya," kata Cik Asmah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >