Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tambang bas, tren naik hingga 11 sen untuk penumpang dewasa

Sep 18, 2023 | 06:38 PM



Tambang pengangkutan awam bagi orang dewasa yang menggunakan kad tambang akan naik sehingga 11 sen mulai 23 Disember ini, sedang kos keseluruhan bagi perkhidmatan bas dan kereta api meningkat sebanyak 7 peratus.

Di bawah kenaikan itu, tambang kad bagi penumpang dewasa akan naik 10 sen untuk perjalanan sehingga 4.2 kilometer dan 11 sen untuk perjalanan melebihi 4.2 kilometer.

Peningkatan itu adalah sebahagian daripada pelarasan tambang yang ditangguhkan daripada Langkah Menyemak Tambang (FRE) 2022, kata Majlis Pengangkutan Awam (PTC) semasa sidang media pada Isnin.

Tambang kad konsesi untuk warga emas, pelajar, orang kurang upaya (OKU) dan pekerja bergaji rendah akan naik 4 sen untuk perjalanan sehingga 4.2 kilometer dan 5 sen untuk perjalanan yang melebihi 4.2 kilometer.

Golongan itu membentuk sekitar dua juta penumpang, atau separuh daripada rakyat Singapura, jelas PTC.

PTC menambah bahawa penumpang dewasa yang membayar menggunakan tunai untuk menaiki bas perlu membayar lebih 20 sen, manakala tambang tunai untuk pelajar, warga emas dan OKU akan naik 10 sen.

Kurang daripada 1 peratus penumpang membayar tunai untuk menaiki bas.

Pengerusi PTC, Cik Janet Ang, menjelaskan bahawa PTC memutuskan untuk tidak membuat peningkatan penuh bagi memastikan tambang dimampui dalam “persekitaran kos yang lebih tinggi” sekarang.

Baki peningkatan sebanyak 15.6 peratus akan ditangguhkan kepada FRE akan datang.

PTC berkata penangguhan itu dapat dilakukan kerana pemerintah menyediakan tambahan $300 juta subsidi bagi pengangkutan awam pada 2023.

“Jumlah ini ($300 juta) adalah lebih tinggi daripada subsidi tambahan sekitar $200 juta yang disediakan selepas FRE 2022 dan ini tidak termasuk subsidi tahunan $2 bilion yang pemerintah sediakan untuk operasi pengangkutan awam.

“Kami berbesar hati kerana pemerintah bersetuju mengambil bahagian,” kata Cik Janet.

Peningkatan dalam tambang pengangkutan awam tahun ini adalah yang tertinggi sejak peningkatan pada 2019 apabila tambang turut naik sebanyak 7 peratus. Peningkatan 11 sen juga merupakan peningkatan tertinggi dalam rekod.

PTC menambah bahawa jika ia memutuskan untuk melaksanakan peningkatan penuh, tambang boleh naik sebanyak 22.6 peratus pada 2023 – peningkatan tertinggi yang dibenarkan sejak 1998, apabila PTC mula menggunakan formula untuk menetapkan had perubahan tambang.

Tambang pengangkutan awam naik 2.9 peratus pada 2022 dan 2.2 peratus pada 2021.

Pada 2020, terdapat pembekuan tambang untuk membantu penumpang menghadapi kesan ekonomi akibat Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >