Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tambang bas sekolah dijangka naik 13% pada 2024

Aug 24, 2023 | 05:59 PM



Kos perkhidmatan bas sekolah dijangka meningkat pada 2024, selepas Kementerian Pendidikan (MOE) mengumumkan pada Khamis (24 Ogos) ia membenarkan pengendali menaikkan had harga tambang bas sekolah sebanyak 13 peratus dari kos tambang yang tertulis dibawah kontrak, lapor The Straits Times.


Perubahan ini akan membantu kemampanan perkhidmatan bas sekolah di tengah-tengah peningkatan kos operasi, kata kementerian itu.

Pengendali bas sekolah juga memberitahu The Straits Times bahawa besar kemungkinan mereka akan naikkan tambang sebanyak 13 peratus sepenuhnya.


MOE menyatakan bahawa sebelum ini, had harga diubah pada Januari 2023 sehingga 7 peratus pada kontrak sedia ada, tetapi kenaikan terbaharu itu perlu berikutan tekanan yang dihadapi pengendali bas berkaitan hal-hal kenaikan kos.

“Ini akan mengurangkan risiko gangguan kepada keluarga dengan ketara sekiranya pengendali tidak dapat mengekalkan operasi mereka,” katanya.

Para pengendali akan memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga tentang sebarang semakan terhadap tambang bas mulai September.

Murid sekolah rendah di bawah Skim Bantuan Kewangan MOE akan terus menerima subsidi bas sekolah yang meliputi 65 peratus tambang bas sekolah bulanan mereka. Tahap subsidi dinaikkan daripada 60 peratus pada Januari.

Sektor bas sekolah di sini telah dibelenggu oleh kekurangan pemandu. Ini telah menyebabkan firma, seperti ComfortDelGro Bus, menamatkan kontrak mereka dengan sekolah lebih awal, lapor The Straits Times pada bulan Mei.

MOE mengumumkan pada bulan Jun langkah untuk menangani kekurangan ini, termasuk memberikan pengendali bas sekolah terpilih untuk mengambil lebih ramai pekerja asing.

Walaupun kebanyakan pengendali mengalu-alukan langkah baharu itu, mereka berkata kenaikan tambang tidak akan menyelesaikan isu berkaitan kos operasi yang semakin meningkat.

Encik Darry Lim, jurucakap Persatuan Pengangkutan Sekolah Singapura (SSTA) yang mempunyai kira-kira 600 ahli, berkata kos operasi untuk insurans, minyak, tayar dan tenaga manusia telah meningkat dari 30 hingga 50 peratus daripada 2022.

Pengusaha juga bimbang kenaikan tambang akan menghalang ibu bapa daripada menggunakan perkhidmatan bas sekolah untuk anak-anak mereka.

“Jika tambang bas sekolah menjadi terlalu mahal, ibu bapa mungkin membeli pas konsesi pelajar bulanan untuk anak mereka. Walaupun masa ulang-alik yang lebih lama dengan pengangkutan awam, ini akan menjadi pilihan yang lebih berpatutan daripada menaiki bas sekolah,” tambah Encik Darry Lim, yang juga pengarah perkhidmatan bas Hui Leong Bus.

Tetapi yang lain termasuk Encik Phillip Peh, Presiden Persatuan Pemilik Bas Sewa Sekolah & Persendirian Singapura (SSPHBOA), berharap ibu bapa akan memahami kenaikan tambang itu.

Encik Peh, yang juga pengurus besar Perkhidmatan Pengangkutan Tong Tar, berkata: “Sesetengah ibu bapa mungkin tidak menggunakan perkhidmatan bas sekolah selepas kenaikan harga ini tetapi mungkin ada ibu bapa yang mampu atau memahami sebab kenaikan tambang.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >