Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tambang pengangkutan awam perlu selari kenaikan kos untuk sistem bertahan: Iswaran

Nov 09, 2022 | 05:30 AM



TAMBANG perlu selari dengan kos operasi pengangkutan awam yang semakin meningkat atau sistem itu tidak dapat bertahan dari segi kewangan, kata Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran.



Beliau memberitahu Parlimen semalam kenaikan tambang tahunan sepanjang 10 tahun lalu tidak selari kos operasi, meningkat hanya 1 peratus setahun sedangkan kos meningkat 7 peratus setiap tahun.



Menurut Encik Iswaran, pemerintah menutupi jurang itu hingga lebih $2 bilion setahun, dan menambah $200 juta subsidi pada tahun akan datang setelah sebahagian besar kenaikan tambang tahun ini dilanjutkan ke semakan tambang masa hadapan.



Beliau menambah bahawa sedang pemerintah komited untuk memastikan pengangkutan awam dimampui, semakan formula tambang yang sedang dijalankan menawarkan peluang untuk melihat dengan teliti cara tambang harus dikira.



"Memandang ke hadapan, kita perlu memastikan tambang selari dengan pengembangan rel dan kenaikan kos. Jika tidak, sistem pengangkutan awam kita akan menjadi tidak mampan dari segi kewangan, hingga menjejas penumpang dan pembayar cukai," tambahnya sebagai respons kepada beberapa Anggota Parlimen yang bertanya tentang kenaikan tambang pengangkutan awam.



Majlis Pengangkutan Awam (PTC) akan terus "menimbangkan kesan ekonomi dan sosial" apabila ia membuat keputusan mengenai penyesuaian tambang dalam semakan masa depan, kata beliau.



Mulai 26 Disember, tambang MRT dan bas akan naik empat hingga lima sen - kenaikan 2.9 peratus daripada tahun sebelumnya. Ini didorong sebahagian besarnya kos tenaga yang melonjak.



PTC sedang mengkaji semula bagaimana tambang harus dikira untuk mengambil kira perubahan corak perjalanan dan menjadikan pengangkutan awam lebih mampan dari segi kewangan. Semakan harus diselesaikan menjelang separuh pertama 2023.



Formula tambang sedia ada menggabungkan indeks seperti inflasi teras, pertumbuhan gaji dan harga tenaga yang mencerminkan kos menyediakan perkhidmatan pengangkutan.



PTC kemudian memperolehi kenaikan maksimum yang dibenarkan, sebelum menyederhanakannya berdasarkan keadaan ekonomi dan sosial semasa, mengambil kira faktor seperti pertumbuhan ekonomi, pertumbuhan gaji dan kadar pengangguran.



Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) bertanya apakah jurang antara tambang dan kos operasi mampan dari segi kewangan.



Encik Iswaran berkata: "Saya fikir kita semua perlu melihat perkara ini dengan teliti. Apakah jalan ke hadapan bagi kita dan ini bukan hanya mengenai jumlah wang, tetapi ia benar-benar bergantung pada perbincangan keseluruhan mengenai kompak yang kita jangka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >