Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tapir dikesan di Punggol, “potong” penunggang basikal

Sep 11, 2023 | 05:22 PM



Jarang dapat dilihat haiwan liar di kawasan awam, apatah lagi seekor tapir.

Namun itulah yang dilihat secara dekat oleh seorang penunggang basikal yang ketika itu berbasikal di kawasan Rangkaian Penghubung Taman (PCN) di Punggol pada awal pagi Ahad.

Lebih memeranjatkan apabila tapir bertubuh besar itu berlari “memotong” penunggang basikal tersebut.

Dalam catatannya di Instagram, pengguna bernama Pong Posadas berkata beliau sedang menuju ke jambatan Lorong Halus sekitar 6.25 pagi apabila seekor haiwan, dipercayai Tapir Malaya – sejenis haiwan terancam – tiba-tiba muncul dari belakangnya.

“Dalam pos itu, beliau berkata: “Saya sedang melakukan rutin berbasikal biasa saya dari Punggol PCN menuju ke jambatan Lorong Halus.

“Tiba-tiba kedengaran seolah-olah ada sesuatu yang sedang berlari di belakang saya, sama seperti beberapa ekor kuda yang sedang berlari,” katanya dalam pos yang dikongsi lebih 1,200 kali di Facebook itu sehingga 4.30 petang Isnin.

Itulah yang dicatatkan penunggang basikal itu dalam satu video yang tular baru-baru ini, apabila terserempak dengan tapir tersebut.

Haiwan berwarna hitam-putih itu dengan muncungnya yang panjang sedikit kemudian berjaya memotong penunggang basikal itu dan terus berlari di hdapannya.

Dalam video 36 saat itu, beberapa pengguna laluan itu, termasuk seorang penunggang skuter dan seorang pejalan kaki, kelihatan beredar ke tepi laluan itu untuk mengelakkan diri daripada haiwan tersebut.

“Ia seekor tapir!!!! Ada orang yang sedang main Jumanji ke???” katanya lagi merujuk kepada sebuah filem Hollywood yang diterbit pada 1995.

Jumanji merujuk kepada sebuah filem Hollywood yang diterbitkan pada 1995 di mana ia menampilkan kehidupan liar dari alam lain yang menceroboh masuk ke alam realiti menerusi satu permainan berpapan.

Menurut tinjauan Berita Harian dalam talian, tapir Malaya adalah sejenis haiwan terancam dalam Senarai Merah Spesies Terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).


Ia adalah jenis terbesar daripada empat spesis tapir yang boleh membesar sehingga 2.5 meter panjang dan seberat 500 kilogram, dan berwarna putih di bahagian belakang tubuh badannya.

Persatuan Berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres) berkata kepada The Straits Times, orang awam perlu mengelakkan diri daripada tapir kerana mereka ia sejenis haiwan bertubuh besar dan liar.


Terdahulu, satu video yang tular menunjukkan haiwan serupa ditemui di sebuah laluan PCN di Punggol pada 1 pagi 22 Julai.

Lembaga Taman Negara (NParks) pada ketika itu telah mengerahkan pegawainya untuk memantau keadaan di sana.

Ia kali terakhir ditemui pada 2016 di Changi dan sebelum itu ia dilihat pada 1986 di Pulau Ubin.

BH telah menghubungi NParks untuk mendapatkan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >