Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tarawih kolong blok, dewan: Muis sedia benarkan dianjur sebilangan kariah

Mar 20, 2023 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan mempertimbangkan dan mengizinkan kumpulan kariah untuk meneruskan penganjuran solat tarawih di kolong blok dan dewan serba guna jika mereka sukar membatalkan rancangan tarawih yang telah diusahakan.



Memaklumkan demikian dalam satu kenyataan pada Ahad, Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen berkata:



"Saya akui bahawa di sebalik langkah ini, sesetengah kumpulan Kariah mungkin masih menghadapi sebab mendesak yang tidak membolehkan mereka membatalkan aturan tarawih.



"Muis akan menimbangkan kes ini dengan penuh simpati dan membenarkan kumpulan kariah itu untuk meneruskan rancangan asal mereka."



Encik Kadir menambah bahawa pihak Muis akan bekerjasama untuk memastikan jemaah mempunyai permulaan yang lancar pada bulan Ramadan.



"Saya gembira kerana di sebalik cabaran dan emosi beberapa hari kebelakangan ini, para pemimpin dan wakil masjid kita telah segera meninjau bagaimana memastikan keperluan jemaah kita dipenuhi.



"Dengan adanya data tempahan, masjid yang lebih popular kini lebih bersedia untuk menampung lebih ramai jemaah dengan selesa," kata beliau.



Beliau turut berkata bahawa pihak Muis akan berkongsi maklumat terkini pada setiap hari mengenai keadaan di semua masjid supaya para jemaah boleh membuat pilihan yang bijak di mana hendak pergi untuk bertarawih.



"Sesetengah kumpulan kariah juga akan menganjurkan bas untuk membawa jemaah mereka ke masjid berdekatan.



"Mereka yang sedang bersolat di rumah bersama keluarga juga boleh mengikuti siaran solat tarawih dan tazkirah, termasuk menerusi SalamSG TV kita," tambah beliau.



Kenyataan pada Ahad oleh Encik Kadir itu menyusuli pengumuman dari pihak Muis pada 15 Mac yang memutuskan untuk tidak mengadakan solat tarawih bagi Ramadan 2023 di kolong blok serta dewan serba guna dan memberi jaminan terdapat ruang solat yang cukup di masjid.



Keputusan itu dibuat setelah Muis dan pihak masjid memantau kehadiran jemaah bagi solat Jumaat serta mengamati trend solat tarawih pada tempoh sebelum pandemik dan termasuk ketika solat tarawih disambung semula pada 2021 dan 2022.



Pengamatan itu telah dibuat dengan penuh penelitian sebagai sebahagian usaha menyambung semula kegiatan keagamaan dengan kelonggaran kekangan peraturan selepas pandemik.



Menyusuli pengumuman itu, beberapa pemimpin kumpulan kariah telah menimbulkan kebimbangan mereka kerana pengumuman itu terlalu suntuk dan telah menimbulkan kesulitan kepada kumpulan-kumpulan Kariah yang telah buat rancangan awal.



Sebagai respons, Encik Kadir berkata:



"Ramai daripada anda sudah pun dalam usaha menganjurkan solat tarawih tahun ini. Anda perlu menjejaki semula rancangan anda, membatalkan rancangan dan menyampaikan keputusan kepada jemaah anda.



"Bagi pihak Muis, saya ingin meminta maaf atas kesulitan dan kekeliruan yang telah berlaku."



Beliau menambah bahawa pihak Muis sedang bekerjasama dengan masjid-masjid untuk memberi pampasan kepada kumpulan kariah yang telah membuat komitmen kontrak yang tidak boleh diubah.



Apabila dihubungi, Encik Abu Bakar Mohd Nor, Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Tampines Central, menyatakan bahawa keputusan oleh pihak Muis itu disambut baik oleh ramai pemimpin kariah.



"Sentimen umum yang saya dapat daripada para pemimpin kariah ialah ia satu perkembangan positif yang menunjukkan bahawa saluran komunikasi akar umbi kita masih berfungsi.



"Ia juga menunjukkan kepercayaan dalam masyarakat untuk bekerjasama demi mendapatkan huraian," kata beliau.



nLaporan lanjut - Muka 7




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >