Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tarif elektrik SG naik 8% dalam suku ketiga

Kenaikan disebabkan kenaikan harga minyak, gas dan diburukkan oleh konflik di Ukraine
Jul 01, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR separuh daripada isi rumah di Singapura boleh menjangkakan bil api di rumah yang lebih tinggi bagi tiga bulan mendatang disebabkan kos tenaga global yang terus meningkat.



Bermula semalam, harga elektrik naik sebanyak secara purata 8.1 peratus atau 2.21 sen kepada 30.17 sen bagi setiap kilowatt sejam (kWh), berbanding suku sebelumnya.



Selepas mengambil kira cukai barangan dan khidmat (GST), tarif elektrik akan meningkat daripada 27.94 sen kepada 32.28 sen/kWh bagi suku yang berakhir hingga September, menurut kenyataan syarikat SP Group semalam.



Ini merupakan kenaikan harga elektrik buat enam suku berturut-turut di negara ini.



Menjelaskan lebih lanjut tentang kenaikan harga elektrik pada suku ketiga tahun ini, SP Group berkata:



"Kenaikan tarif ini disebabkan oleh kos tenaga yang lebih tinggi didorong oleh harga minyak dan gas yang diburukkan lagi oleh konflik di Ukraine."



Kenaikan harga elektrik diumumkan sedang negara-negara sedunia sedang berlumba-lumba untuk menjamin sumber tenaga di tengah-tengah bekalan minyak dan gas yang terbatas.



Dengan kenaikan terkini, bil elektrik bulanan purata bagi keluarga yang menetap di flat empat bilik akan meningkat sebanyak $8.25 sebelum GST, menurut kenyataan SP Group.



Mereka yang tinggal di flat eksekutif Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pula akan menyaksikan bil elektrik bertambah secara purata, $11.76.



Bagi mereka yang tinggal di rumah berhalaman misalnya, di rumah teres, harga elektrik dijangka meningkat secara purata sebanyak $19.46, manakala keluarga menetap di rumah banglo pula boleh menjangkakan kenaikan purata, 52.73, tambah kenyataan tersebut.



Tarif elektrik terdiri daripada empat komponen utama.



Ini adalah kos tenaga yang dibayar kepada syarikat penjanaan, kos rangkaian dan bayaran khidmat sokongan yang dibayar kepada SP Group serta bayaran operasi sistem tenaga dan pentadbiran pasaran yang dibayar kepada syarikat pasaran tenaga serta pengendali sistem tenaga.



Komponen kos tenaga disesuaikan setiap suku tahunan bagi mencerminkan perubahan pada kos bahan api dan penjanaan tenaga.



Kos bahan api merupakan kos gas asli yang diimport, serta berkait dengan harga minyak oleh kontrak komersial.



Kos penjanaan kuasa pula meliputi kos operasi stesen tenaga seperti kos tenaga kerja dan penyenggaraan di samping kos modal stesen-stesen itu.



SP Group menyemak tarif elektrik setiap suku tahunan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh pengawal atur industri elektrik, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).




KADAR KENAIKAN PURATA MENGIKUT JENIS RUMAH



* Flat 1 bilik



- bil bulanan naik purata $3.23



* Flat 2 bilik



- bil bulanan naik purata $4.22



* Flat 3 bilik



- bil bulanan naik purata $5.98



* Flat 4 bilik



- bil bulanan naik purata $8.25



* Flat 5 bilik



- bil bulanan naik purata $9.60



* Flat eksekutif



- bil bulanan naik purata $11.76




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >