Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tarikan malam bakal dibangunkan di Sentosa

Mar 30, 2019 | 05:30 AM



TARIKAN sebelah malam selain prasarana baru bakal dibangunkan di Sentosa sebagai sebahagian daripada rancangan pulau peranginan itu mengukuhkan kedudukannya sebagai tempat tumpuan utama pada sebelah malam di sini.



Antara lain, Sentosa Development Corporation (SDC) akan membangunkan Siloso Green, yang merupakan sebuah kawasan gaya hidup baru yang akan menyediakan tempat makan, kedai runcit, penginapan serta ruang acara seperti konsert.



Dengan kawasan seluas 24,500 meter persegi, Siloso Green akan menyediakan kontena yang memaparkan konsep unik melengkapi kawasan tepian pantai dan merupakan bekas tapak tarikan lama, Undertwater World.



Apabila siap menjelang akhir tahun ini, Siloso Green akan menyediakan latar belakang selesa untuk berehat sambil menikmati juadah di trak makanan dan berhibur di bawah kerlipan bintang serta berbelanja di kedai yang disediakan.



Menurut Penolong Ketua Eksekutif SDC, Cik Jacqueline Tan:



"Siloso Green akan selesai dibina pada lewat 2019. Kami jangka akan tawarkan kontrak pada bulan selanjutnya."



Semasa ditemui di Sentosa kelmarin, Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Pendidikan), Encik Chee Hong Tat, berkata pulau yang dikunjungi lebih 19 juta pelawat - setempat dan asing - tahun lalu itu amat sesuai dikunjungi pada sebelah malam memandangkan cuacanya yang lebih dingin.



"Kami akan tumpukan kepada dua bidang - acara dan tarikan baru.



"Antaranya Siloso Green, yang akan menawarkan hiburan, makanan, hospitaliti, gaya hidup dan pelbagai acara bagi memenuhi semua kumpulan pelawat," katanya.



Encik Chee berkata Sentosa perlu diasingkan daripada tarikan lain di Singapura, agar dapat menarik pelawat mengunjungi pulau itu.



Apabila Sentosa mampu buat perbezaan yang sukar didapati di tarikan lain seperti gaya hidup menarik, maka sudah tentu ada pelawat yang ingin kunjungi pulau itu.



"Kami ingin jadikan pulau ini lebih dimampui warga Singapura untuk ke Sentosa, maka ada beberapa tarikan yang percuma seperti pameran cahaya dan persembahan jalanan.



"Tapi ada juga yang perlu dikenakan bayaran untuk disertai atau dilawati," tambahnya.



Namun beliau tekankan bahawa tidak semua yang boleh ditawarkan percuma kerana itu boleh menjejas perniagaan, katanya lagi.



"Kita perlu kikis pandangan silap bahawa Sentosa merupakan sebuah taman.



"Ia bukan taman tapi tarikan dengan pelbagai hiburan - ada yang percuma dan ada yang perlu dibayar.



"Kalau percuma, ia bukan cara terbaik untuk bangunkan industri ini dan bukan model yang mampu berdaya tahan untuk pulau ini," ujarnya lagi.



* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >