Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tarikh pulang Le Le, panda kelahiran S’pura, ditangguh Jan 2024

Nov 12, 2023 | 05:00 PM



Pengunjung ke River Wonders kini mempunyai tempoh tambahan tiga minggu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada panda kelahiran Singapura, Le Le, selepas hari terakhir kemunculan awamnya ditangguhkan dari 20 November kepada 13 Disember. 

Sehari selepas itu, Le Le akan menjalani kuarantin selama lebih empat minggu sebelum diterbangkan semula ke China pada 16 Januari 2024, menurut kumpulan Mandai Wildlife Group pada Ahad,

Kumpulan itu mengurus dan mengendalikan Taman Haiwan Singapura, River Wonders, Safari Malam dan Bird Paradise. 

Pada September lalu, Le Le dilaporkan akan dihantar ke China pada “separuh kedua Disember”. 

Dalam respons kepada pertanyaan akhbar The Straits Times (ST) tentang mengapa tarikh keberangkatan ditangguh, Mandai Wildlife Group berkata bahawa kumpulan itu dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA) “sedang mengusahakan aturan” bagi kepulangannya.


Satu kempen selamat tinggal sedang berlangsung, di mana peminat Le Le boleh menghantar surat peminat atau bergambar dengan fotonya. 


Pada 13 Disember, satu pesta perpisahan di Pameran Hutan Panda Gergasi Pavilion Capital akan diadakan, kata Mandai Wildlife Group.   

“Sekembalinya ke China, Le Le akan menyertai secara rasmi program pemuliharaan negara untuk melindungi spesisnya.

“Dalam pada itu, pasukan penjagaan sedang membantu membuat persiapan bagi perjalanan yang lancar,”  kata kumpulan itu.

Mandai Wildlife Group menambah bahawa Le Le telah menerima dua vaksinasi dan akan menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh semasa kuarantin. 

Ia juga memberitahu ST bahawa ini adalah vaksinasi terhadap penyakit distemper dan rabies.


Distemper adalah penyakit virus yang biasanya dilihat pada anjing tetapi boleh merebak dalam kalangan haiwan lain seperti rakun dan binatang besar seperti singa, manakala penyakit rabies adalah virus yang boleh disebarkan kepada manusia melalui gigitan haiwan yang dijangkiti.


Le Le akan dibawa ke China dengan menaiki Syarikat Penerbangan Singapura (SIA) dalam peti yang disesuaikan dan kini sedang dibina. 

Apabila siap kelak, pasukan penjagaan haiwan akan mula menyesuaikannya dengan peti itu dengan menggunakan ganjaran makanan.  

Ini bagi menggalaknya memasuki peti itu secara sukarela dan membiasakan dirinya berada di dalam, kata Mandai. 


“Latihan yang konsisten ini akan membantu penjaga dalam pemindahan Le Le dan membuatnya lebih bebas daripada tekanan pada hari penerbangannya,” kata Mandai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >