Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2022

Taufik kembali dendang lagu khas NDP selepas 17 tahun

Jun 03, 2022 | 05:30 AM



PENYANYI setempat Taufik Batisah, 41 tahun, kembali menyanyikan lagu khas Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini selepas 17 tahun.



Ketika kali terakhir juara 'Singapore Idol' itu menyanyikan lagu Hari Kebangsaan iaitu 'Reach Out For The Skies' pada 2005, lagu tersebut jadi siulan warga setiap kali tiba Hari Kebangsaan.



Justeru, beliau berharap lagu NDP kali ini juga disambut baik.



"Saya benar-benar dapat menjiwainya, ia terasa seperti lagu perayaan, seperti lagu di mana ramai warga Singapura boleh menghayati," ujarnya.



Lagu NDP tahun ini, yang bertajuk 'Lebih Kukuh Bersama' disusun oleh Don Richmond, penggubah muzik dan penulis lirik lagu.



Lagi itu, mencerminkan bagaimana Singapura dapat memandang ke hadapan dengan teguh bersama-sama untuk masa depan yang lebih cerah.



"Ia lagu yang temponya rancak dan saya harap dapat menaikkan semangat ramai warga Singapura," ujar Taufik ketika ditemui media semalam.



Beliau berbesar hati dapat menjadi sebahagian projek lagu khas buat NDP.



"Saya berharap lirik lagu ini dapat memberi inspirasi kepada warga Singapura sepertimana ia memberi inspirasi kepada saya.



"Apabila saya menyanyikannya saya rasa walau apa jua kesukaran yang kita lalui, kita boleh mengharunginya jika kita menetapkan minda dan berusaha," ujarnya yang juga perlu meneroka bidang kerjaya lain apabila industri muzik terjejas dek pandemik.



Muzik video 'Lebih Kukuh Bersama' diarahkan Lindsay Jialin yang menekankan kehidupan realiti Singapura yang mempunyai daya ketahanan diri.



Antara yang telah dipaparkan ialah Encik Kim Whye Kee, bekas kongsi gelap yang bangkit dan belajar membuat tembikar dalam bulan-bulan terakhir dalam penjara.



Sekarang Encik Kim, memegang Sarjana Muda dalam Seni Halus (Kepujian) dari Kolej Seni Laselle dan memiliki kedai Qi Pottery.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >