Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tawar wang bagi khidmat seksual: Penggiat YouTube didakwa

Aug 20, 2021 | 05:30 AM



PENGGIAT YouTube Darryl Ian Koshy, 32 tahun, yang lebih dikenali sebagai Dee Kosh, muncul di mahkamah daerah semalam dan didakwa dengan kesalahan termasuk tiga tuduhan menawarkan wang tunai kepada budak lelaki berusia bawah 18 tahun bagi khidmat seksual.



Koshy, yang dikenakan tujuh tuduhan, juga dituduh melakukan tiga kesalahan di bawah Akta Filem dan satu di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda.



Kesalahan yang didakwa itu melibatkan sekurang-kurangnya empat remaja lelaki berusia antara 15 dengan 17 tahun.



Warga Singapura itu dituduh menawarkan $2,000 kepada seorang remaja lelaki 16 tahun pada Februari 2017 sebagai pertukaran bagi membolehkan dia melakukan seks oral pada remaja itu.



Menurut dokumen mahkamah, antara Mac dengan Jun 2018, Koshy didakwa cuba mendapatkan perbuatan tidak senonoh daripada seorang remaja 15 tahun dengan menyuruh remaja itu melakukan perbuatan seksual sebagai pertukaran bagi sejumlah wang yang tidak didedahkan.



Penggiat YouTube itu juga dikatakan telah menawarkan $1,000 kepada seorang remaja lelaki 17 tahun pada Julai tahun itu sebagai pertukaran bagi seks oral dari remaja itu.



Pada Ogos tahun lalu, Koshy didakwa menawarkan $1,000 kepada seorang lagi remaja 17 tahun bagi perbuatan serupa.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan jika mangsa yang dikatakan itu menerima tawaran tersebut.



Koshy menjadi popular menerusi video muzik parodi dan mendapat perhatian bagi komedi solonya.



Tuduhan terhadapnya kali pertama muncul tahun lalu.



Pada ketika itu, dia mempunyai 380,000 pengikut di saluran YouTubenya dan dikenali bagi ulasan makanannya di saluran YouTube Night Owl Cinematics (NOC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >