Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Team SG raih tiga emas, satu perak hari ketiga Sukan Para Belia Asia Bahrain

Dec 06, 2021 | 05:30 AM



TEAM Singapore di Sukan Para Belia Asia (AYPG) 2021 di Bahrain telah meraih tiga pingat emas dan satu pingat perak pada hari ketiga temasya sukan itu.



Perenang Colin Soon mendapat dua pingat emas, atlet boccia Aloysius Gan menerima satu pingat emas dan pelari pecut Siti Nurhayati Ali Aksar Khan membawa pulang satu pingat perak.



Dengan baki dua hari pertandingan, Team Singapore telah pun mengatasi kutipan pingat di dua edisi pertama AYPG.



Colin meraih kedua-dua pingat emasnya pada hari ketiga pertandingan di Bandar Sukan Khalifa.



Beliau bukan muncul juara dalam acara gaya bebas 400 meter S11-13 lelaki sahaja, bahkan mencatat masa peribadi terbaik baru dan menurunkan rekod negaranya sendiri dengan masa 5 minit dan 00.64 saat.



Pingat emas keduanya diraih dalam acara kuak dada 100 meter SB11-13 lelaki dengan masa 1 minit 14.53 saat.



Bagi kedua-dua acara, Colin mencatat masa kelayakan yang diperlukan untuk layak ke Kejohanan Renang Para Dunia Madeira 2022, yang akan berlangsung dari 12 hingga 18 Jun depan.



Di Bandar Sukan Isa, Aloysius mencipta sejarah sebagai pemenang pingat boccia pertama Singapura.



Beliau mengalahkan pesaing dari Thailand dengan markah 6-1 untuk mara ke peringkat akhir di mana beliau sekali lagi menemui pesaing dari Korea Selatn, Jeong Soon, dan menewaskannya.



Siti Nurhayati pula meraih pingat perak dalam acara akhir 400 meter Wanita U20 bagi atlet daya kecerdasan rendah (T20) dengan mencatat masa 1 minit dan 11.29 saat.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengucapkan tahniah kepada Team Singapore di atas prestasi hebat mereka di temasya sukan itu kelmarin.



"Atlet lain belum turun padang dalam pertandingan ini. Kepada para atlet belia kita, teruslah berikan yang terbaik anda tidak kira betapa sukarnya ia. Kami semua menyokong anda!" tulis Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >