Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tekad diri, galakan keluarga dorong banduan cemerlang GCE 'N'

Dec 21, 2022 | 05:30 AM



SEMASA membuat persiapan untuk peperiksaan GCE peringkat 'N' di sekolah penjara, Johan (bukan nama sebenar) hampir mahu berhenti belajar.



Dia mahu bekerja di dalam penjara, sebaliknya, untuk membantu keluarganya yang sedang menghadapi beberapa cabaran ketika itu.



"Saya hampir berhenti belajar apabila terdengar perniagaan keluarga saya di pusat penjaja terjejas akibat Covid-19. Ada sewa yang perlu dibayar dan anggota keluarga saya yang perlu ditampung.



"Saya fikir saya boleh berhenti sekolah penjara dan bekerja di dalam penjara supaya dapat menyumbang elaun yang saya dapat kepada keluarga saya.



"Walaupun jumlahnya kecil, saya mahu bantu mengurangkan beban mereka. Namun, keluarga saya menggalak saya untuk terus belajar," ujarnya.



Johan, 23 tahun, antara dua banduan yang mendapat markah paling cemerlang di sekolah penjara bagi peperiksaan GCE N(T) yang diduduki tahun ini.



Dia mendapat gred A bagi subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Aplikasi Komputer.



Seramai 63 calon daripada sekolah penjara menduduki peperiksaan GCE peringkat N tahun ini, dengan 43 daripada mereka mengambil peperiksaan GCE N(A) dan 20 menduduki peperiksaan GCE N(T).



Sekitar 97.7 peratus calon peperiksaan GCE N(A) itu menerima sijil peperiksaan mereka manakala kesemua yang menduduki peperiksaan GCE N(T) mendapat sijil mereka.



Berdasarkan keputusan mereka, 74.4 peratus calon peperiksaan GCE N(A) dari sekolah penjara dan 85 peratus calon peperiksaan GCE N(T) memenuhi keperluan menyertai kursus di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Johan, yang kini sedang memohon untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan pemasaran media sosial dan penghasilan kandungan dalam talian di peringkat diploma pakar di sekolah penjara, berharap mendapat pekerjaan setelah dibebaskan kelak.



"Saya tahu bukan mudah bagi bekas pesalah mencari pekerjaan di luar.



"Kalau saya ada sijil ini, mungkin saya boleh capai lebih baik, bukan untuk diri saya saja tetapi juga bagi keluarga saya," ujarnya.



Johan, yang dihukum penjara lima setengah tahun sejak Oktober 2020 kerana mengedar dan mengambil dadah, berkata beliau juga berharap untuk melanjutkan pengajian selepas dibebaskan.



"Saat tangan saya digari, saya pisahkan diri saya dari teman lama saya.



"Saya mahu memandang ke hadapan dan tidak mahu pandang belakang lagi.



"Saya mahu kembali ke pangkuan keluarga saya. Semasa di penjara, saya dengar salah seorang adik-beradik saya dihantar ke pusat jagaan hari bagi keperluan khas dan ini amat menyedihkan saya.



"Sebagai adik-beradik dan anak lelaki, saya yakin mampu melakukan lebih baik semasa di luar.



"Saya sepatutnya menjaga mereka dengan lebih baik," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >