Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tekad pastikan usaha cari jodoh tidak lapuk ditelan zaman diiktiraf

Anisa Hassan antara penerima anugerah wanita S'pura pemberi inspirasi yang berusia ke atas 40 tahun
Sep 06, 2021 | 05:30 AM



MENGANGGAP dirinya sebagai pencari jodoh yang tidak disengajakan atau 'accidental matchmaker', Cik Anisa Hassan telah membantu memadankan lebih dari 1,100 pasangan di sekitar Asia sejak beliau mula berkecimpung dalam pemasaran khidmat cari jodoh sekitar 17 tahun lalu.



Bermula dengan firma francais mencari jodoh antarabangsa, It's Just Lunch (IJL) - perniagaan pertamanya setelah meninggalkan kerjaya sebagai penyampai berita stesen televisyen Channel NewsAsia - beliau menjadikan pengalaman itu sebagai batu loncatan untuk mengembangkan lagi perniagaannya dalam bidang mencari jodoh.



Setelah berpisah dengan syarikat dari Amerika Syarikat itu pada 2017, Cik Anisa memberanikan diri menubuhkan syarikat pemadanan jodoh sendiri.



Kini beliau merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi syarikat 'Date High Flyers International' dan 'Joompa'.



"Saya mencipta idea 'Date High Flyers' sebagai platform pemadanan jodoh yang khusus buat para profesional, pemilik perniagaan serta individu dengan nilai tinggi.



"Semasa memberi khidmat mencari jodoh untuk pelanggan berprofil tinggi saya, yang termasuk ahli keluarga diraja; saya mula menyedari bahawa saya menyediakan perkhidmatan yang sangat khusus dan peribadi," ujar beliau.



Atas kisah beliau yang sangat berinspirasi, Cik Anisa, 48 tahun, telah diiktiraf dalam senarai 40 wanita yang memberi inspirasi - 'Singapore: 40-over-40. Inspiring Women'.



Projek yang dilancarkan perusahaan sosial yang menyokong kaum ibu Mums@Work, diadakan bagi merai wanita berinspirasi melebihi usia 40 tahun yang berani dan tidak terhad dengan usia atau jantina bagi memburu impian, mencuba sesuatu yang baru dan menyumbang kembali kepada masyarakat.



Kaum wanita yang dicalonkan perlu memenuhi salah satu daripada kategori ini - iaitu usahawan yang baru memulakan perniagaan baru; beralih kerjaya atau kembali berkerjaya di mana mereka melalui laluan kerjaya baru; dan penyumbang sosial di mana wanita tersebut mengejar minatnya dengan melakukan yang terbaik untuk masyarakat.



Cik Anisa menerima anugerahnya daripada Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling dalam majlis penyampaian kelmarin.



Lain-lain penerima dalam kategori keusahawanan termasuk Cik Ong Bee Yan, 65 tahun, yang sedang merintis insiatif sosial bagi menggalak warga emas menceburi bidang perniagaan dan Cik Debbie Watkins, 50-an tahun, pengasas wadah teknologi kewangan bagi wanita yang keperluan mereka tidak dipenuhi sepenuhnya sistem perbankan sedia ada.



Semantara itu, selain 'Date High Flyers', Cik Anisa juga telah mencipta sebuah aplikasi mencari jodoh khusus buat masyarakat Muslim, yang dikenali sebagai 'Joompa'.



Menurut Cik Anisa, setelah melakukan kajiannya sendiri, beliau turut mendapati wadah untuk membantu mencari jodoh bagi pasangan Melayu/Islam amat terhad.



Di samping itu, sebagai seorang pencari jodoh yang berpengalaman dan berjaya memadankan pasangan daripada pelbagai latar belakang, beliau juga tidak mahu ketinggalan sedang lebih banyak aplikasi pemadanan jodoh muncul.



"Saya melakarkan konsep bagi idea 'Joompa' dan menyuntik pengalaman saya sebagai pencari jodoh ke dalam aplikasi ini yang memenuhi demografik pengguna tertentu.



Aplikasi tersebut pantas mendapat sambutan bukan sahaja dari pengguna di Singapura, malah juga di Malaysia sejak ia dilancarkan awal tahun lalu.



Mengulas tentang pencapaiannya itu, Cik Anisa berkata:



"Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan besar bagi saya dan ia juga tepat pada masanya kerana banyak perniagaan terjejas terutama ketika pandemik ini. Pengiktirafan seperti ini memberikan pengesahan yang kadangkala diperlukan untuk kami terus maju.



"Ia juga bukti bahawa usia bukanlah penghalang apabila kita mempunyai misi mencari huraian terhadap masalah yang dapat kita bantu selesaikan."




"Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan besar bagi saya dan ia juga tepat pada masanya kerana banyak perniagaan terjejas terutama ketika pandemik ini. Pengiktirafan seperti ini memberikan pengesahan yang kadangkala diperlukan untuk kami terus maju. Ia juga bukti bahawa usia bukanlah penghalang apabila kita mempunyai misi mencari huraian terhadap masalah yang dapat kita bantu selesaikan."
- Cik Anisa Hassan yang diiktiraf dalam senarai 40 wanita Singapura ke atas usia 40 tahun yang memberi inspirasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >