Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BULAN BAHASA

Tekad Rahayu jadikan Bulan Bahasa lebih inklusif

Jul 14, 2018 | 05:30 AM



SESEORANG tidak perlu menjadi pakar bahasa Melayu untuk menghargai dan melestarinya.



Begitulah pendirian pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2018, Cik Rahayu Mahzam, yang menggalakkan orang ramai, tidak kira betapa fasih bahasa Melayu mereka untuk turut sama meraikan acara tersebut.



Dalam satu wawancara dengan Berita Harian kelmarin, beliau mengimbas pengalamannya menerajui Bulan Bahasa untuk tahun ketiga kali ini, dan menjawab soalan apakah pengalaman itu telah mengubah perspektifnya.



"Saya masih seorang 'die-hard Minah' yang cinta bahasa Melayu," katanya sambil tertawa.



"Saya bukanlah pakar bahasa Melayu. Saya tidak begitu mahir atau berbakat dalamnya. Tetapi saya mengaguminya, dan saya ingin menggalakkan orang lain juga menghargainya," ujar Cik Rahayu, yang juga Anggota Parlimen GRC Jurong.



Sebelum menyertai politik pada 2015, beliau sudah pun bergiat dalam acara kebahasaan, sebagai sukarelawan Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), menyertai arena bahas sebagai pembimbing atau pengadil dalam acara bahas dalam bahasa Melayu.



Malah, beliau, seorang peguam, pernah dilantik duta bahasa pada 2010.



Pada 2015, beliau dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa.



Dalam wawancara dengan Berita Harian itu, beliau turut mengongsi beberapa cabaran yang dihadapinya sebagai pengerusi bulan bahasa.



Antaranya adalah usaha meningkatkan kesedaran bahawa Bulan Bahasa lebih daripada acara 'tarian Melayu dan dikir barat'.



"Ia bukan semata-mata sebuah acara kebudayaan. Kami perlu menyerlahkan unsur bahasanya," ujar Cik Rahayu.



Lebih daripada persembahan nyanyian atau joget, acara Bulan Bahasa antara lain harus memikirkan cara membantu ibu bapa untuk memupuk minat bahasa dalam anak mereka, contohnya, kata Cik Rahayu.



Satu lagi cabaran adalah mendapatkan rakan kerja yang mempunyai matlamat sejajar dengan Bulan Bahasa, serta menganjurkan kegiatan yang benar-benar bermakna dan meninggalkan kesan.



Tahun ini, Bulan Bahasa meraikan 30 tahun sejak ia pertama kali disambut di Singapura.



Sepanjang tiga dekad lalu, acara itu telah berubah menjadi acara yang disambut dua tahun sekali hingga kini ia dianjurkan secara tahunan.



Acara Bulan Bahasa tahun ini akan turut meraikan individu yang telah membantu menjayakan Bulan Bahasa selama ini, termasuk pengerusi jawatankuasa Bulan Bahasa yang lalu.



Pada masa sama, Cik Rahayu berkata beliau tersentuh dengan dedikasi ramai tokoh dan 'legenda', yang sedia memberi sokongan kepada acara Bulan Bahasa.



Beliau menyebut beberapa nama seperti Profesor Madya Hadijah Rahmat, Papa 'Rok' Datuk Ramli Sarip dan penulis lirik Cikgu Yusnor Ef yang sentiasa menyokong.



Cik Rahayu juga akur ada juga individu yang pernah meluahkan rasa tersinggung tidak diundang kepada acara Bulan Bahasa.



Beliau akur kesilapannya terlepas mengundang beberapa individu penting, atau cabaran yang dihadapi dari segi keterbatasan ruang.



Namun, beliau berlapang dada dalam menerima teguran dan kritikan.



"Bagi saya, ia tanda acara Bulan Bahasa itu amat bermakna bagi mereka. Bagi mereka yang terlepas, kami cuba mengundang mereka pada tahun depan pula," ujar Cik Rahayu.



Memandang ke hadapan, beliau berharap keghairahan mengenai Bulan Bahasa akan dikekalkan untuk tahun-tahun hadapan.



"Saya berharap lebih banyak kumpulan akan menyertai perayaan nasional ini, dan kami dapat meneroka dan menerima cara baru menyambutnya.



"Lebih penting daripada itu, saya berharap cinta dan rasa hormat terhadap bahasa ini akan terus berkembang dan dihidupkan," ujar Cik Rahayu.




"Saya bukanlah pakar bahasa Melayu. Saya tidak begitu mahir atau berbakat dalamnya. Tetapi saya mengaguminya, dan saya ingin menggalakkan orang lain juga menghargainya."
- Cik Rahayu Mahzam, Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2018




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >