Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Telegram tidak jawab permintaan polis padam kandungan penipuan: Shanmugam

Nov 07, 2023 | 04:46 PM



Platform pemesejan Telegram tidak menjawab permintaan polis supaya menurunkan kandungan melibatkan penipuan yang disyaki, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.

Menjawab soalan parlimen daripada Encik Gerald Giam (GRC Aljunied), Encik Shanmugam berkata dalam jawapan bertulis pada Isnin bahawa polis sedang bekerjasama dengan platform media sosial dan e-dagang seperti Facebook dan Instagram untuk mengambil tindakan terhadap penipuan dalam talian.

Beliau menambah bahawa sejak 2021, lebih 5,900 moniker (nama yang digunakan) dalam talian dan iklan terlibat dalam penipuan yang disyaki telah dikenal pasti polis untuk dipadamkan.

Encik Shanmugam berkata masa yang diambil untuk memadamkan akaun dan catatan sebegini, bergantung pada respons yang diberikan setiap platform.

Beliau berkata: “Sebagai contoh, Shopee biasanya mengambil masa kira-kira satu hingga dua hari untuk mengambil tindakan, manakala Carousell dan Facebook mengambil masa lebih lama, kadangkala sehingga lima hari atau lebih lama.

“Sementara itu pula, Telegram sama sekali tidak menjawab permintaan polis.”

Encik Shanmugam menegaskan bahawa memandangkan bahaya yang boleh disebabkan oleh akaun dan siaran penipuan, “penting sekali untuk segera menurunkan akaun dan catatan yang dikenal pasti digunakan untuk penipuan kerana ia memudaratkan (pengguna)”.

“Kami telah berunding dengan syarikat-syarikat Internet agar menyingkatkan masa yang diambil untuk memenuhi permintaan kami, untuk memastikan jumlah mereka yang terjerat dalam skim penipuan terus berkurangan,” kata beliau lagi. 

Encik Giam telah meminta mekanisme kawal selia semasa untuk memaksa platform media sosial memadamkan catatan atau akaun yang disyaki melakukan penipuan dengan segera.

Beliau juga bertanya apakah purata masa pemulihan bagi pemadaman sedemikian berikutan permintaan pihak berkuasa, dan berapa banyak permintaan sedemikian telah dibuat dalam tempoh dua tahun lepas.

Dalam pada itu, Encik Giam juga bertanyakan bila Akta Bahaya Jenayah Online (OCHA), yang diluluskan di parlimen pada Julai, akan dikuatkuasakan.

Akta tersebut memberi kuasa kepada pemerintah mengarahkan individu, entiti, penyedia perkhidmatan dalam talian dan Internet, dan gedung aplikasi supaya memadamkan atau menyekat akses kepada kandungan yang disyaki digunakan untuk melakukan jenayah.

Encik Shanmugam berkata, apabila OCHA mula beroperasi secara progresif mulai suku pertama 2024, pihak polis akan dapat mengarahkan perkhidmatan dalam talian menghalang akaun atau kandungan yang disyaki menjalankan jenayah penipuan daripada berinteraksi dengan atau menghubungi pengguna Singapura.

Tidak mematuhi arahan ini akan menjadi satu kesalahan, tambahnya.

Encik Shanmugam berkata walaupun akta ini masih belum berkuat kuasa, perkhidmatan media sosial yang ditetapkan di bawah Akta Penyiaran sudah diperlukan menyediakan sistem dan proses untuk mengurangkan pendedahan kepada kandungan berbahaya bagi pengguna di Singapura, termasuk penipuan.

Pengguna di Singapura boleh melaporkan kandungan sedemikian kepada perkhidmatan media sosial untuk dipadamkan di bawah garis panduan dan piawaian komuniti mereka, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >