Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan warga emas S’pura celik digital melonjak: Laporan IMDA

Nov 04, 2023 | 05:40 PM



Lebih ramai penduduk kini menggunakan kemahiran digital, dengan warga emas menunjukkan peningkatan yang ketara, menurut laporan yang baru dilancarkan oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Menurut laporan tersebut, 66 peratus warga emas menggunakan bayaran aplikasi mudah alih pada 2022, naik daripada 17 peratus pada 2018.

Sebanyak 86 peratus warga emas juga menggunakan Internet untuk mencari maklumat pada 2022, naik daripada 61 peratus pada 2017.

Selain itu, 62 peratus warga emas menggunakan pengesahan dua-faktor untuk transaksi dalam talian pada 2022 berbanding 37 peratus yang melakukan demikian pada 2019.

Dapatan ini mengukuhkan kepentingan usaha IMDA dalam meningkatkan kemahiran warga emas dalam menjadikan mereka lebih celik digital melalui program seperti ‘Seniors Go Digital’ dan Duta Digital Pejabat Digital SG (SDO), menurut laporan itu lagi.

Laporan Masyarakat Digital Singapura itu, yang pertama diterbitkan di sini, menyatakan secara keseluruhan, Singapura telah mencapai kemajuan yang baik sebagai masyarakat digital.

Laporan itu meneliti kemajuan masyarakat digital Singapura dari tiga aspek – akses digital, kemahiran digital dan sikap dan persepsi terhadap teknologi digital.

Dari segi akses digital, negara ini telah mencapai tahap ketersambungan dan akses yang tinggi kepada peranti digital, dengan hampir semua atau 99 peratus isi rumah penduduk mempunyai akses Internet.

Meskipun isi rumah yang mempunyai kanak-kanak bersekolah mempunyai tahap akses komputer yang tinggi (98 peratus), 2 peratus masih tidak mempunyai akses kepada komputer kerana ia tidak dapat dimampui.

IMDA berkata ia akan terus menyediakan akses digital bersubsidi kepada isi rumah berpendapatan rendah melalui DigitalAccess@Home, yang melengkapkan peruntukan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk menyokong keperluan pembelajaran dari rumah (HBL) pelajar.

Warga emas berpendapatan rendah juga disokong melalui skim Akses Mudah Alih bagi Warga Emas IMDA.

Dalam pada itu, laporan tersebut mendapati bahawa lebih lapan daripada 10 warga Singapura bersetuju bahawa teknologi digital telah menjadikan kehidupan mereka lebih mudah dan hampir dua daripada tiga warga Singapura berminat untuk mencuba teknologi digital baru.

Bagaimanapun, warga Singapura didapati berwaspada dengan risiko yang dikaitkan dengan pendigitalan seperti penyebaran maklumat palsu dan penipuan dalam talian, dengan hanya sekitar satu dalam dua warga Singapura menyatakan mereka sanggup menerima risiko yang berkaitan dengan penggunaan teknologi.

Ketika menghadiri Festival Digital Sepanjang Hayat di Heartbeat@Bedok, Presiden Tharman Shanmugaratnam berkata pencapaian digital Singapura setakat ini sangat baik.

“Saya agak kagum dengan kemajuan yang telah kami capai. Masih terdapat ruang untuk kita menjadi lebih baik lagi dan ini akan merupakan perjalanan yang berterusan,” katanya.

Encik Tharman menambah bahawa lebih dari setakat perkakas atau sofwe, individu – terutama warga emas – mesti diberi keyakinan untuk menggunakan aplikasi digital dalam kehidupan seharian mereka.

“Ini bukan sahaja tentang warga emas menyesuaikan diri dengan dunia digital, ini juga tentang menggunakan aplikasi digital untuk membantu mereka dalam kehidupan seharian mereka,” jelas beliau.

Menyentuh tentang laporan yang diterbitkan IMDA, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, berkata ia membolehkan rakan kerja dari pemerintah, sektor privet mahupun sektor masyarakat melakarkan cara-cara yang bermakna untuk menggalakkan penyertaan digital serta membantu semua warga menjadi lebih yakin menggunakan teknologi digital.

Cik Teo turut memuji golongan warga emas dengan berkata: “Saya mendapati sikap warga emas kita sangat memberangsangkan; mereka tidak mudah berputus asa. Kami tahu bukan mudah bagi mereka, kadang-kadang mereka rasa agak takut menggunakan teknologi digital tetapi kami dapat lihat bahawa keazaman mereka sangat kuat.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >